Communist Leaders Marx, Engels, Lenin, Stalin, Yanukovich |
China Modern History KMT Communist 1931-1949
Chinese Warfare (The History)
These were the faces of a new
political order:
There are many figures through
history that have furthered the cause of communism, for better or worse. While
many of those leaders have been accused of terrible crimes, there’s no denying
communism around the world would not be the same without them. In remembrance
of Fidel Castro’s December 2nd, 1961 speech wherein he declared that Cuba was
to adopt Communism, WatchMojo.com counts
down our picks for the top 10 communist leaders. For this list, we looked for
political revolutionaries and communist leaders who had a major impact on the
emergence and growth of Communist states throughout the world, in the twentieth
century. See also community development.
Sebab-sebab kemenangan Komunis
Kemenangan
yang dicapai oleh Parti Komunis tersangat cepat dan mengakibatkan kehancuran
yang bukan sedikit. Sebahagian darinya adalah disebabkan oleh:
(a)KEKUATAN TENTERANYA SENDIRI,
(b)DISIPLIN AHLI-AHLINYA YANG CUKUP BAIK,
(c)KEPIMPINANNYA,
(d)KEJAYAAN PROPAGANDANYA DAN
(e)JUGA IMEJ NASIONALISNYA.
Kelengkapan
tenteranya yang sebahagiannya ditawan dari tentera Jepun,setengahnya diperolehi
dengan memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan dan setengahnya ditawan
dari bantuan Amerika kepada Kuomintang bukanlah rendah mutunya jika
dibandingkan dengan peralatan tentera kerajaan. Ahli-ahli strategi mereka
dengan bijaknya merancangkan langkah-langkah untuk memencilkan
ketumbukan-ketumbukan Kuomintang dan memaksa mereka menyerah diri.
Mereka tidak membazirkan sumber-sumber untuk cuba memusnahkan pihak lawan pada
tiap-tiap pertempuran.
Pemimpin-pemimpinnya
— orang-orang seperti Mao, Chu Teh, Lin Pias, Chou En-lai dan Ch’en Yi — pergi
ke medan dan secara aktif terlibat dalam menyusun petani-petani menjadi tentera
revolusioner dan melatih mereka. Dengan bekerja di kalangan penduduk-penduduk
desa menyebabkan mereka lebih memahami petani-petani itu dari orang lain,
terutama sekali jika dibandingkan dengan Kuomintang. Pengertian
mengenai kaum petani inilah, yang dikuatkan lagi oleh pemahaman tentang
masyarakat dan sejarah negeri China, yang menyebabkan Mao mengubah dasar
revolusinya dari cara Russia, yang menggunakan pekerja-pekerja bandar sebagai
dasar kepada caranya yang tersendiri iaitu menggunakan kaum
petani, mengatasi kecurigaan dan pandangan rendah kaum intelektual yang
pada masa akhir Perang Jepun telah menyanjung mereka sebagai nasionalis.
Sebahagian
besarnya, kejayaan Komunis adalah disebabkan oleh kelemahan dan kegagalan
Kuomintang yang telah menimbulkan kebencian scluruh bahagian penduduk. Pihak Kuomintang adalah penuh rasuah, dipengaruhi
oleh pilih keluarga, bersikap diktator, mementingkan diri sendiri dan tidak
memahami keperluan-keperluan rakyat. Kelemahan-kelemahan ini telah
digunakan oleh Komunis untuk mendapatkan simpati dari orang ramai, walaupun
mereka tidak selalunya menjadi pengikut-pengikut Komunis. Banyak bandar yang
dikuasai oleh Kuomintang telah diambil-alih oleh Komunis kerana orang-orang
yang mempertahankannya telah putus asa terhadap Kuomintang dan menyerah diri
atau berpaling tadah. Saudagar-saudagar, ahli-ahli profesional, sarjana dan
pegawai-pegawai yang pernah menyokong kerajaan, kini takutkan kekerasan yang
digunakannya. Apabila semakin ramai orang yang menentangnya, ahli-ahli
Kuomintang dari lingkungan dalam yang terdiri dari ahli keluarga Chiang dan
keluarga Soong (Soong adalah keluarga isteri Chiang) telah menjalankan
penangkapan dan pembunuhan politik iaitu satu tugas yang diamanatkan kepada
pasukan polis rahsia Kuomintang. Liga Demokratik, satu parti kaum intelektual,
telah dihapuskan dengan tindakan tindasterus ke atas ahli-ahlinya. Dalam
keadaan politik yang buruk ini tidak siapa pun yang merasa selamat. Inflasi
yang melampau telah melanda negeri itu dan salah-urusan ekonomi telah
menyusahkan petani dan juga ahli-ahli perniagaan. Akhirnya, kebanyakan orang tidak lagi
mahu membantu kerajaan melawan Komunis yang menyerang bandar-bandar kerana
mereka telah mcmbuat keputusan bahawa Kuomintang tidak berkebolehan memerintah
negeri China. - Khoo Kay Hock
China vs India - Race to the Top of the World -
Documentary by BBC
Education - Why Poverty? In ancient times in China, education was
the only way out of poverty -- in recent times it has been the best way.
China's economic boom and talk of the merits of hard work have created an
expectation that to study is to escape poverty. But these days China's higher
education system only leads to jobs for a few, educating a new generation to
unemployment and despair.
Documentary: Made in China; China how technologically developed
Documentary: Made in China; China how technologically developed
CHINA: REVOLUSI, NATIONALISME & KOMUNISME
1. PENGENALAN
Apabila meletusnya pemberontakan di negeri
China pada 10 Oktober 1911, kesan serta-merta dan kesan jangkapanjang yang
dialami oleh negara itu adalah lebih dari sebarang pemberontakan dalam
keseluruhan sejarah negara tersebut. Namun, pemberontakan dalam masyarakat
tersebut bukannya suatu yang ganjil atau luar biasa. Sesungguhnya, ia adalah
satu cara yang diterima untuk menggantikan kerajaan-kerajaan lama dan lemah
dengan rejim yang baru dan bersemangat. Apabila keadaan di bawah pemerintahan
sesuatu dinasti itu telah terlalu buruk dan apabila sampai ketikanya untuk
dinasti baru memerintah, pemberontakan adalah satu-satunya cara yang diketahui
untuk mendatangkan perubahan. Penerangan mengenai ini terletak pada konsep
‘Mandat dari Syurga’. Sejajar dengan konsep ini, apabila sesuatu dinasti
memerintah dengan cukup sempurna dan negara itu menunjukkan tanda-tanda aman
dan makmur ianya adalah direstu dengan ‘Mandat dari Syurga’. Ianya akan
dianggap sebagai satu kuasa yang sah. Apabila keadaan aman dan makmur mulai
merosot ke arah keruntuhan, dinasti yang memerintah disifatkan sebagai telah
kehilangan mandat tersebut. Pada pandangan orang ramai penyingkiran dinasti
itu hanya menunggu masa sahaja. Pemberontakan adalah unsur penting dalam teori
ini kerana sesuatu pemberontakan itu adalah penunjuk muktamad dan tidak
diragukan tentang penarikan balik Mandat dari rejim yang lalu.
Teori ini memberikan kepercayaan bahawa
pemberontakan adalah sah apabila pemerintah tidak lagi direstu oleh Syurga.
Tetapi bagaimanakah orangramai tahu sama ada rejim itu masih memegang Mandat
tersebut ataupun ianya telah ditarik balik? Adalah logik bahawa oleh kerana
Syurga memberi atau menarik balik Mandat tersebut, Syurga akan menunjukkan
tanda-tandanya. Pentadbiran yang sempurna, pemerintah-pemerintah yang gagah
dan berkebolehan, kemewahan ekonomi, perluasan empayar dan kemajuan seni — ini
adalah di antara pencapaian-pencapaian sesuatu dinasti yang mempunyai Mandat
itu. Rasuah, pemerintah-pemerintah yang lemah, kebuluran, kemarau, banjir,
kenaikan harga barang-barang, pengangguran, merosotnya kesenian dan
bertambahnya ancaman ‘orang gasar’ telah diambil sebagai tanda-tanda dari
Syurga yang menunjukkan penarikan kembali Mandat itu.
Peristiwa Pemberontakan Taiping(1851—1864) pada mula- nya telah meyakinkan ramai orang bahawa Syurga telah
menarik balik Mandatnya dari orang-orang Manchu. Segala tanda-tanda telah ada. Gerombolan-gerombolan penganggur telah merayau-rayau di daerah luar bandar,
merompak atau meminta sedekah untuk hidup. Kebuluran dan banjir membawa
penderitaan kepada petani-petani. Harga barang-barang yang tinggi dan
kekurangan makanan membawa penderitaan kepada orang-orang kota. Rasuah
menjadi-jadi dan ‘orang gasar’ dari Barat telah berada di luar pintu China dan
mendesak hendak masuk. Malahan England telahpun mula bertapak ke dalam negeri
China dengan mengalahkan China dalam perang 1893-1842. Apabila rejim Taiping
hancur orang-orang China memahami yang orang-orang Manchu belum lagi hilang
Mandatnya, tetapi dalam tahun-tahun yang berikutnya semakin jelas yang masanya
hampir luput. Masalah-masalah sosial, ekonomi, dan masalah luar negeri bukannya bertambah baik tetapi semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal. Jadi,
apabila anggota-anggota T’ung Meng Hui iaitu pengikut-pengikut Sun Yat-sen yang
revolusioner itu, bangkit memberontak terhadap pihak yang berkuasa di Wuchang
dalam tahun 1911, api pemberontakan itu telah merebak dengan tidak terkawal
lagi.
Ianya adalah lebih dari hanya satu
pemberontakan melawan pihak yang berkuasa. Dalam ertikata yang sebenarnya, ia
adalah satu revolusi — satu peristiwa yang mengikis dasar-dasar struktur
politik lama, menumbangkan institusi-institusi tradisional dan membawa
perubahan ke arah evolusi satu masyarakat baru walaupun sukar dan memakan masa
yang lama. Pemberontakan-pemberontakan sebelumnya hanya menggantikan kerajaan
tanpa mengganggu susunan masyarakat China. Sebelum 1911, selama lebih dari 2
000 tahun, tidak ada perubahan di negeri China dalam bidang politik, ekonomi,
kebudayaan dan sosial.
Nasionalisme
Semangat nasionalis menjadi semakin nyata
di akhir-akhir abad kesembilan belas dan di awal abad kedua puluh. Dalam tahun
1894 Britain telah menyerahkan keistimewaan-keistimewaan wilayah asingannya
kepada Jepun dan diikuti oleh Kuasa-kuasa Barat lain. Ini mendorong orang-orang
China untuk menuntut hak-hak wilayah asingan di negaranya ditamatkan. Pemberontakan
Boxer 1899-1900, sebagai satu reaksi kekerasan terhadap akibat-akibat yang
tidak diingini dari pengaruh-pengaruh Kristian Barat dan pengaruh-pengaruh
ekonomi terhadap masyarakat China, adalah satu peristiwa yang mempunyai
kepentingan nasionalis. Dalam tahun 1905 orang-orang China memulaukan barang
import dari Amerika Syarikat kerana penyekatan hijrah masuk China oleh Amerika
Syarikat dianggap sebagai diskriminasi ras. Namun begitu, nasionalisme wujud
terutama sekali dalam bentuk tentangan terhadap pencerobohan dari Barat.
Revolusi yang menjatuhkan dinasti Ch’ing
(Manchu) yang memerintah lebih dari 250 tahun, adalah satu tanda kesedaran
nasionalisme. Rakyat China telah menamatkan pemerintahan dinasti asing supaya
dapat menegakkan semula sebuah kerajaan China. Revolusi ini telah merebak luas
serta popular di hampir kesemua wilayah. Para intelek, tentera,
penuntut-penuntut, penghuni kota dan petani-petani telah bergabung dan bersatu
bagi menentang kerajaan. Kesemuanya telah digerakkan oleh rasa benci terhadap
orang Manchu dan kemarahan terhadap pentadbiran yang buruk yang telah membawa
penderitaan dan penghinaan kepada negeri itu. Walaupun perasaan anti-luar
negeri adalah sebab dan gejala nasionalisme, ianya tidak mewakili nasionalisme
dalam bentuk yang paling maju. Dalam keadaan yang paling baik ianya adalah
merupakan nasionalisme yang negatif di mana perasaan nasionalis itu ditimbulkan
sama ada secara langsung atau pun tidak, sebagai satu reaksi terhadap
orang-orang asing. Dalam bentuk ini, nasionalisme kekurangan tenaga
ikatan yang nyata seperti nilai-nilai, ideologi dan aspirasi yang sama.
Orang-orang China tidak kekurangan
ciri-ciri budaya yang sama — ras, bahasa, kebudayaan dan agama — yang menjadi
ramuan nasionalisme dalam bentuk positifnya. Walaupun demikian, kesedaran
nasional orang-orang China pada tahun 1911 dan untuk beberapa tahun selepasnya
tidak mempunyai dasar yang luas mahupun kekuatan tenaga dan intensiti yang
diperolehi dari nilai-nilai, ideologi dan aspirasi yang sama. Pada masa
Revolusi perkara utama yang jelas tidak wujud ialah pergerakan massa yang boleh
menjadikan nasionalisme satu tenaga penyatu dan membekalkan satu dasar meluas
sokongan penuh rakyat seperti yang berlaku di India atau Indonesia atau di
Perancis. Di Perancis, (pada 1789) terdapat kedua-dua pergerakan massa dan
nilai-nilai bersama. Orang-orang Perancis bukan sahaja bercita-cita untuk
mempertahankan negaranya tetapi juga untuk meluaskan ideal-ideal revolusi
mereka ke luar negeri melalui peperangan. Revolusi China tidak dapat
membanggakan adanya seorang pemimpin yang telah menyatukan rakyat menjadi satu
tenaga yang kukuh seperti yang dilakukan oleh Gandhi di India dan Sukarno di
Indonesia. Sun Yat-sen tidak terkenal di China dan sebelum revolusi, beliau
telah menghabiskan masanya selama lima belas tahun dalam pembuangan. Di negeri
China tidak ada kumpulan kelas menengah seperti yang terdapat di Perancis yang
dapat memimpin rakyat dan memahami kehendak orang ramai. Kumpulan republikan
Sun, T’ung Meng Hui,yang bergerak secara rahsia, tidak dapat bersama dengan rakyat
atau menyampaikan ideologinya kepada mereka.
Perjalanan Revolusi China dan akibat
selepasnya telah ditunjukkan oleh kepentingan yang berbeza. Walaupun keadaan
sifatnya yang tersebar luas dan spontan itu, terdapat bukti tentang kesetiaan
yang kuat kepada wilayah dan kepentingan serta pengaruh yang terbatas kepada
sesuatu mazhab. Satu dari faktor-faktor yang telah membangkitkan kemarahan
rakyat sebelum Revolusi adalah rancangan kerajaan pusat untuk membina landasan
keretapi. Di samping takutkan rasuah dan pembaziran wang negara, mereka juga
bimbang kehilangan kuasa autonomi wilayah akibat dari adanya usaha memperbaiki
lagi perhubungan keretapi dengan Peking. Kepentingan-kepentingan bersifat mazhab
muncul semasa kumpulan Sun Yat-sen berdamping dengan Yuan Shih-kai dan jeneral-jeneralnya.
Pengikut-pengikut Sun telah menubuhkan kebolehpercayaan mereka sebagai pemimpin-pemimpin revolusi, terutama sekali di wilayah-wilayah selatan. Yuan dan
jeneral-jeneral dalam Tentera Imperial yang diperintahnya akhirnya bergabung
dengan kumpulan republikan Sun untuk alasan yang berbeza. Mereka tidak langsung
berminat dengan perjuangan untuk republikanisme dan demokrasi nasionalis yang
dianjurkan oleh Sun. Bagi mereka Revolusi adalah satu peluang untuk merampas
kuasa kerana mereka yakin bahawa dinasti Manchu tidak dapat diselamatkan lagi.
Mereka telah berjaya menguasai banyak wilayah di utara. Sebaliknya tidak
dapat dikatakan bahawa rakyat biasa telah menjunjung ideal-ideal yang sama
seperti kumpulan nasionalis Sun. Mereka tidak langsung mempunyai aspirasi yang
sama selain dari keinginan untuk menghapuskan orang Manchu.
Berikutan dengan kejayaan Revolusi,
kumpulan republikan Sun telah membentuk Parti Kuomintang. Pilihanraya umum
telah diadakan pada tahun 1913 dan dewan perhimpunan yang terlantik mulai
menyusun satu kerajaan bentuk demokrasi. Namun, lima belas tahun yang
berikutnya, ideal-ideal nasionalis itu hanya dianuti oleh sebilangan kecil dari
penduduk negeri. Dalam tempoh masa dua tahun setelah pembentukan republik
demokratik itu telah terpaksa memberi jalan kepada kediktatoran Yuan
Shih-kai. Anggota-anggota Kuomintang, secara umum diakui sebagai nasionalis,
mendapati diri mereka ditindasterus dan terpaksa menyembunyikan diri. Dalam
tempoh beberapa tahun seterusnya negeri China telah berpecah-belah dari segi
politik dan jeneral-jeneral yang mengakui diri mereka sebagai hulubalang
(‘tuchuns’), serta mengisytiharkan diri mereka sebagai pemerintah-pemerintah
berautonomi di wilayah-wilayah yang telah mereka kuasai semasa Revolusi. Para
nasionalis yang telah lari ke China selatan menemui kesukaran untuk mendapat-
kan sokongan bagi menyatukan negeri China. Perpecahan berlarutan selama
beberapa tahun. Sungguhpun Kuomintang akhirnya dapat menegakkan pemerintahannya
pada tahun 1928 ia tidak dapat menguasai keseluruhan keadaan. Beberapa orang
hulubalang tertentu yang telah membantu Kuomintang mencapai kejayaan, terpaksa
diberi penguluran agar mereka terus bekerjasama dan setia. Mereka mengekalkan
tentera mereka dan juga kuasa pentadbiran ke atas wilayah-wilayah mereka.
Walau bagaimanapun, selepas Revolusi,
negeri China yang baru secara perlahan mulai sedar dan perasaan nasionalisme
menjadi semakin jelas dalam pemikiran dan tindakan pemuda- pemudi China —
terutama sekali di kalangan pelajar-pelajar. Sejak usaha pemulihan Maharani
Balu di masa sepuluh tahun terakhir pemerintahan Manchu, satu revolusi
intelektual telah berlaku. Pelajar-pelajar telah dibenarkan melanjutkan
pelajaran ke luar negeri dan matapelajaran-matapelajaran baru telah diajar di
dalam negeri. Idea-idea yang telah didedahkan kepada mereka telah menimbulkan
minat untuk mempelajari matapelajaran baru seperti sains dan ilmu matematik
serta konsep baru dalam politik seperti demokrasi dan nasionalisme. Revolusi
1911 dan peristiwa-peristiwa berikutannya seperti kediktatoran Yuan Shih-kai,
kebangkitan kehulubalangan, Tuntutan Dua Puluh Satu Jepun dan pengambil-alihan
Shantung telah membangkitkan perhatian besar untuk negara itu di kalangan
orang-orang ini. Perasaan nasionalis mereka telah dibangkitkan dan mereka telah
bertindakbalas dengan menyatakan pendapat mereka secara aktif dalam penulisan
mereka. Mereka telah mengadakan demonstrasi untuk membantah terhadap
percubaan kuasa-kuasa luar hendak melanjutkan kepentingan-kepentingan mereka di
negeri China. Pada 4hb. Mei 1919 satu mogok telah dilancarkan di Peking untuk
membantah Persetiaan Versailles yang telah mengesahkan hak-hak istimewa Jepun
di Shantung. Peristiwa hari itu adalah puncak kepada revolusi intelektual yang
telah bermula dalam tahun 1900an. Revolusi intelektual pada keseluruhannya
adalah disebu. sebagai Pergerakan Empat Mei, mengambil sempena dari peristiwa
pada 4hb Mei yang menggambarkan pemikiran baru dan nasionalisme para intelek
muda.
Pada masa yang sama penuntut-penuntut
sedang cuba mendesak tuntutan-tuntutan nasionalistik mereka terhadap kerajaan
Peking dan kuasa-kuasa asing, Kuomintang atau Parti Nasionalis sedang bersedia
untuk menyatukan semula negeri China. Parti Komunis China telah ditubuhkan pada
masa ini (iaitu dalam tahun 1921) dan ia juga berusaha untuk mendapatkan imej
nasionalis kerana sebarang tenaga politik yang cuba menyelesaikan
masalah-masalah negeri China mesti menghapuskan kekuasaan Barat dan penguluran
asing. Sungguhpun mereka menerima ideologi asing, Komunis China akhirnya
mengamalkan faham nasionalis dengan mengenepikan arahan-arahan fahaman Komunis
Russia. Komunisme di negeri China telah mendapat satu ciri tersendiri.
Komunisme
Pihak Komunis China telah mendapat
kepentingan awal hanya selepas mereka dibenarkan memasuki Kuomintang pada tahun
1923 apabila ejen-ejen Russia datang membantu penyusunan semula parti tersebut.
Mereka telah berjaya mempengaruhi sebilangan besar anggota-anggota
Kuomintang. Anehnya, pihak Komunis terus mendapat keuntungan dari pihak
Kuomintang walaupun selepas dihalau keluar dari parti itu. Mereka menjadi
bertambah kuat dan beruntung kerana kelemahan dan kesilapan parti Kuomintang
yang telah menjadi parti pemerintah dalam tahun 1928. China sebagai sebuah
negeri yang telah beratus- ratus tahun menentang pengaruh Barat telah dijalari
oleh faham Komunis, yang juga satu pengaruh Barat, dalam tempoh masa yang
begitu singkat. Dalam tahun 1949 pihak Komunis telah memaksa kerajaan
Kuomintang mencari perlindungan di Formosa dan kejayaan komunis telah
dialu-alukan oleh para intelek, penuntut-penuntut universiti dan petani di
seluruh negeri. Malah kelas-kelas profesional, tuan tanah dan peniaga juga
berasa lega dengan kejatuhan Kuomintang yang mengamalkan rasuah dan
pilih keluarga, sungguhpun merelca tidak dapat menerima Komunisme dengan
sepenuh hati. Dua perkara harus diambil perhatian. Pertama, pergerakan Komunis di
China pada tahun 1949 tidak lagi seperti pergerakan rakan imbangan dan
pengasasnya di Russia. Di China ia telah menjadi pergerakan yang
berorientasikan petani sementara di Russia ianya adalah pergerakan kelas
pekerja. Unsur nasional telah berjaya menghapuskan unsur pengaruh asing dengan
menimbangkan faktor bahawa China tidak begitu maju dalam perusahaan untuk
mewujudkan sebuah kelas pekerja yang ramai, sedangkan bilangan kaum petaninya
adalah besar sekali. Akibat dari jumlah petani yang begitu ramai ditambah lagi
dengan masalah-masalah sosial dan ekonomi yang buruk, ramai petani telah
kehilangan tanah kepada tuan-tuan tanah duduk luar. Dengan itu, golongan murba
(proletariat) China adalah kelas petani. Keduanya, kejayaan Komunis bukanlah
sebenarnya kejayaan ideologi tetapi lebih merupakan kejayaan kepimpinan,
organisasi, tokoh-tokoh, strategi dan yang terpenting sekali ialah rancangan
pemulihan sosial dan ekonomi yang berkesan. Kesesakan penduduk, hujan dan
kemarau yang keterlaluan, sungai- sungai besar yang tidak terkawal, tanah
dataran yang meluas, kesemuanya telah menjadi punca bencana kebuluran dan
banjir yang berulang-ulang. Masalah yang sering timbul ialah dalam pembahagian
makanan. Sebarang rejim telah dipertimbangkan dari rekodnya dalam mengatasi
masalah-masalah ini — pembahagian biji-bijian dari kawasan-kawasan yang tidak
dilanda bencana kepada kawasan yang mengalaminya, bantuan kebajikan, penye-
katan kenaikan harga barang dan memberikan tanah kepada yang tidak bertanah.
Kepincangan-kepincangan sosial, ekonomi dan pentadbiran kerajaan Manchu telah
membuatnya tidak dapat diterima lagi. Kerajaan Kuomintang juga turut mengalami
masalah yang sama. Di antara kesilapan-kesilapannya yang nyata, iajuga gagal
menyelesaikan rungutan sosial dan ekonomi rakyat teru- tama sekali golongan
petani. Pihak Komunis kini mempunyai kedudukan yang baik pula dibandingkan
dengan Kuomintang kerana janji-janji pemulihan mereka dan rekod pembahagian
tanah mereka di kawasan-kawasan di mana mereka berkuasa. Dedikasi dan kebolehan
orang-orang yang memimpin seperti Mao Tze-tung dan Chou En-lai, dan disiplin di
kalangan organisasi Parti Komunis sendiri memberi kesan kepada rakyat lebih
dari ‘harimau kertas’ Chiang Kai-shek dan Kuomintang yang dikuasai oleh
keluarga sendiri. Ahli-ahli keluarga Chiang dan Soong (keluarga isteri Chiang
Kai-shek, Soong Mayling) telah membuat rakyat hilang kepercayaan terhadap parti
nasionalis.
Pihak komunis berkebolehan untuk
menjadikan kemalangan suatu kejayaan. Mereka sangat bergantung kepada
propaganda dan kebolehan mengeksploitasi kesempatan. Dalam tahun 1934, tentera
kerajaan telah menghalau mereka dari kubu mereka di selatan. Untuk mengelakkan
kekalahan sepenuhnya pihak Komunis telah memutuskan untuk mengalih pusat
operasi mereka ke wilayah barat laut China, iaitu Shensi. Untuk selama setahun
yang berikutnya mereka telah bergerak merentas negeri sambil cuba menghindar
diri dari bertembung dengan tentera. Perarakan Panjang
mereka telah berjaya. Walaupun kerugian mereka besar, mereka telah berundur ke
satu pengkalan yang lebih selamat yang jauh dari pengkalan kuasa Kuomintang di
selatan. Tidak lama selepas tamatnya Perarakan Panjang itu Jepun telah mula
menyerang. Dalam propaganda mereka, pihak Komunis meng- gambarkan yang
pengunduran ke utara adalah sebagai satu lang- kah untuk mendapatkan satu
tempat yang sesuai bagi melawan Jepun yang telah memulakan operasinya di China
Utara. Dengan menggunakan propaganda sekali lagi, pihak Komunis telah
menunjukkan kesediaan mereka bergabung dengan kerajaan KMT dalam satu Barisan
Bersatu untuk melawan pihak penakluk. Dengan bergabung kuasa tentera dengan
pihak kerajaan, pihak Komunis telah mengambil kesempatan untuk membawa kejatuhan Kuomintang tanpa mereka melakukannya sendiri. Sementara Komunis tinggal
dalam keadaan yang agak selamat di bahagian pedalaman negeri, kerajaan terpaksa
berperang dengan orang- orang Jepun di barisan hadapan untuk mempertahankan
kawasan-kawasan dan bandar-bandar pantai. Sebagai yang telah dijangkakan
oleh Komunis, tentera Jepun yang lebih lengkap telah memaksa tentera kerajaan
berundur dan memecahkan pentadbiran Kuomintang. Perang Jepun memberi
sumbangan yang besar bagi melemahkan pihak Kuomintang dan mempertinggikan imej
pihak Komunis. Semasa tentera Kuomintang berada dalam keadaan kacau-bilau pihak
Komunis meneruskan tentangan gerila terhadap musuh. Adalah tidak mungkin bagi
mereka untuk mengusir musuh dari bumi China tetapi ini telah menunjukkan yang
merekalah nasionalis. Apabila pihak Komunis dan Kuomintang berlawan sekali
lagi selepas Jepun menyerah, kerosakan yang diakibatkan oleh Jepun ke atas
kuasa tentera dan pentad- biran Kuomintang telah memberi keuntungan kepada
pihak Komunis. Selepas Perang Jepun pihak Komunis telah muncul dengan imej yang
lebih baik dan dapat menguasai sebahagian besar kawasan luar bandar di bahagian
utara. Dari tahun 1946 hingga 1949, Kuomintang yang telah lemah dan menghadapi
banyak masalah selepas perang telah dikalahkan oleh pihak Komunis di satu
bandar ke satu bandar berturut-turut. Dalam tahun 1949 pihak Komunis telah
berkuasa di negeri China.
2 ASAL USUL REVOLUSI TAHUN 1911
Pada tahun 1644, orang Manchu dari luar
Tembok Besar telah menggulingkan dinasti Ming China. Seperti lain-lain dinasti
China yang terdahulu, Ta Ch’ing (dinasti Manchu asing) telah meneruskan tradisi
pentadbiran awam yang sama berasaskan prinsip-prinsip Confucius. Seperti
dinasti-dinasti tersebut, Ta Ch’ing telah mengalami zaman gemilang dalam
perluasan wilayah dan pencapaian dalam beberapa bidang serta mempunyai pemerintah-pemerintah
yang berkebolehan. K’ang Hsi (memerintah: 1661-1722) dan cucunya Ch’ien Lung
(memerintah: 1736 — 1796) adalah dua orang pemerintah yang terbaik. ‘Mandat dari
Syurga’ tidak pernah lebih utuh dari semasa era Ch’ien Lung yang dikatakan
sebagai pemerintah yang ulung. Seperti dinasti- dinasti sebelumnya,
pemerintah-pemerintah yang berkebolehan telah digantikan oleh orang-orang yang kurang
berminat menja- lankan tugas-tugas pejabat dan tidak berjaya mengawal pegawai-
pegawainya. Mereka tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah sosial dan ekonomi
yang semakin buruk sebab penduduk yang telah sedia ramai telah bertambah dengan
kadar yang cepat. Abad yang kelapan belas adalah satu zaman perkembangan
penduduk yang luarbiasa. Menjelang bermulanya abad kesembilan belas bilangan
penduduk telah meningkat dua kali ganda sejak permulaan abad sebelumnya.
Zaman pemerintahan orang-orang selepas
Ch’ien Lung - Chia Ch’ing (1796—1820), Tao Kuang (1820-1850) dan Hsien Feng
(1850—1861) — adalah ditandakan oleh keadaan-keadaan sosial dan ekonomi yang
semakin buruk dan bertambahnya pertentangan dengan ‘orang gasar’ asing (dalam
kes ini orang Barat) sementara kerajaan yang penuh rasuah tidak tahu bagaimana hendak mengatasi
masalah-masalah tersebut. Rasa tidak puas hati berlipat ganda dan mencetuskan
Pemberontakan Taiping sebaik sahaja Hsien Feng menaiki takhta kerajaan. Pembe-
rontak-pemberontak Taiping hampir-hampir menamatkan kuasa Ch’ing. Untuk selama
lebih kurang empat belas tahun kekuasaan Manchu tidak terdapat di China selatan
kerana dinasti Taiping berkuasa di sana. Dalam tahun 1864
pemberontak-pemberontak itu telah dikalahkan dan pemerintahan Manchu telah
dipulihkan ke seluruh negeri. Dinasti Ta Ch’ing telah diberi satu kesempatan
untuk hidup lebih lama walaupun ia telah hampir dimusnahkan keseluruhannya.
Akibat dari pemberontakan itu menunjukkan bahawa Mandat dari Syurga belum lagi
ditarik balik. Orang-orang China percaya bahawa ini adalah kerana tidak ada
pemerintah yang lebih berkelayakan untuk menggantikan pemerintah Manchu.
Meskipun rekod beberapa orang Maharaja Manchu yang terakhir itu didapati buruk,
Hung Hsiu-chuan, ketua golongan Taiping, dan gerombolan
pemberontakbukannyapengganti yang sesuai dan oleh kerana itu, pemberontakan
mereka tidak direstui oleh Syurga. Setengah orang China percaya bahawa orang
Manchu, jika dilanjutkan mandatnya, akan memperbaiki kesilapannya dan
menyelesaikan masalah-masalah yang ada. Yang lain-lain yakin bahawa orang-orang
Manchu tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah tersebut dan kejatuhan dinasti
Manchu hanya menunggu masa sahaja. Apabila muncul seorang pemimpin pemberontak
yang sesuai orang-orang Manchu akan tetap jatuh. Dengan itu, kejatuhan dinasti
Taiping itu telah dilihat oleh beberapa pihak sebagai hanya satu selingan
sebelum tindakan terakhir. Mereka yang memikirkan orang-orang Manchu dapat
memperbaiki diri semula mengharapkan pemulihan. Namun, tidak ada pemulihan yang
berkesan yang dijalankan sejak akhir Pemberontakan Taiping sehingga ke akhir
abad kesembilan belas. Langkah-langkah yang tidak bersungguh-sungguh telah
diperkenalkan dalam Pergerakan Mengukuhkan Diri Sendiri (1860- 1894) tetapi
mereka gagal untuk memperbaiki keadaan negeri. Pemulihan yang diisytiharkan
oleh Maharaja Kuang Hsu dalam tempoh masa seratus hari pada tahun 1898 telah
dihapuskan oleh Maharani Balu Tz’u Hsi, yang mendapat sokongan dari kelas
pemerintah Manchu dan pegawai-pegawai China yang konservatif. Jadi dengan
keadaan itu China memasuki abad kedua
puluh dengan masalah-masalah yang sama seperti yang telah dihadapinya untuk
berabad-abad yang telah lalu dan yang telah mencetuskan Pemberontakan Taiping.
Pemulihan yang akhirnya dilancarkan oleh Maharani Balu terlalu terlambat dan
tidak mencukupi untuk memuaskan sungutan yang menjadi lebih teruk disebabkan
oleh penderitaan yang berlarutan. Kedu- dukan kewangan China juga menghalang
usaha-usaha pemulihan. Menjelang masa ini, orang-orang yang memikirkan tentang
pemulihan juga telah putus asa untuk mendapat sebarang kemajuan yang tulen
melainkan berlakunya satu perubahan kerajaan.
Di tengah-tengah usaha melancarkan
rancangan pemulihan, pihak revolusioner di dalam dan di luar negeri sedang
menyebar- kan propaganda revolusioner, membangkitkan perasaan anti- Manchu,
berkempen untuk mengembalikan pemerintahan orang China dan bersiap sedia untuk
menentang pihak Ch’ing. Walaupun para revolusioner gagal untuk mendapatkan sokongan
dari kebanyakan rakyat China, perasaan marah orangramai terhadap orang Manchu
telahpun meningkat. Hampir kesemua masalah negeri China berlegar di sekeliling
keadaan-keadaan sosial, ekonomi dan pentadbiran. Penghinaan yang dialami di
tangan kuasa- kuasa Barat dan Jepun telah menunjukkan ketidakcekapan pihak
berkuasa Manchu dan pencerobohan orang-orang luar yang terus- menerus
menyebabkan pengaliran keluar perbendaharaan China melalui pembayaran
gantirugi. Dengan itu Revolusi mungkin dapat dikatakan sebagai berpunca dari
empat kategori utama:
A Masalah orang Barat.
B Kegagalan yang berlanjutan untuk
menyelesaikan penderitaan sosial dan ekonomi.
C Kemusykilan-kemusykilan politik.
D Pergerakan revolusioner.
Masalah mengenai orang Barat
Satu fakta yang harus difikirkan ialah
bahawa orang-orang Manchu adalah penakluk negeri China. Kekuatan tenteranya
lebih tinggi dari tamadunnya. Sebagai satu kelas pemerintah minoriti
orang-orang Manchu telah menekan rakyat China dan mengambil langkah untuk melemahkan
mereka. Orang China tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Manchu. Mereka juga
tidak dibenarkan menubuhkan sebarang persatuan atau pertubuhan kerana takut
kalau-kalau ia menjadi pusat-pusat, plot anti-kerajaan. Walaupun
sarjana-sarjana China berjaya menyan- dang jawatan-jawatan pegawai yang
penting, jawatan-jawatan tertinggi adalah dikhaskan untuk putera-putera Manchu
yang tidak perlu membuktikan bakat mereka. Lelaki-lelaki China dipaksa bertocang. Tentera yang tetap
tidak ada, militia diwujud-
kan pada masa-masa perlu dan dibubarkan
selepas kekacauan berlangsung, seperti dalam kes Tentera yang Sentiasa Berjaya
yang dengan cepat dibubarkan selepas Pemberontakan Taiping. Jelaslah
orang-orang Manchu berasa takut bahawa satu pasukan tentera yang terdiri dari
rakyat China mungkin membahayakan.
Meningkatnya aktiviti-aktiviti Barat di
negeri China dan kejatuhannya di tangan orang-orang Barat dan Jepun telah
merun- tuhkan imej kekuatan orang-orang Manchu. Di sepanjang abad kesembilan
belas rakyat melihat dengan penuh putus asa tentang kelemahan pemerintah mereka
yang asing itu. Ini juga mungkin satu alamat bahawa Mandat dari Syurga telah
ditarik balik. Bagi dinasti-dinasti awal, bukanlah satu perkara yang luarbiasa
bagi masa-masa akhir rejim yang memerintah itu berhadapan dengan
serangan-serangan ‘orang gasar’. Seratus tahun yang akhir pemerintahan dinasti
Han pada mulanya telah diganggu oleh Hsiung-nu dan kemudian oleh Tung-hu.
Tahun-tahun akhir dinasti Sung adalah penuh dengan usaha menentang orang-orang
Mongol yang kemudiannya berjaya menakluki China. Orang- orang Mongol (dinasti
Yuan) sendiri telah diserang oleh puak Tartar dari utara sebelum diganti oleh
dinasti Ming; dan dinasti Ming, tentu sahaja mengalah kepada serangan-serangan
orang Manchu. Sekarang orang-orang Manchu sedang diancam oleh orang-orang asing dari Barat.
Orang-orang China menganggap orang-orang luar ini sebagai ‘orang
gasar’juga. Mereka bermegah dengan kemahiran berperang tetapi menunjukkan
sedikit sahaja pencapaian kebudayaan. Mereka membawa candu untuk
menghapuskan semangat negara. Mereka memaksa negeri China mem- buka pintu
kepada pedagang dan mubaligh serta bersikap menentang segala yang dipercayai
oleh orang-orang China. Orang-orang Manchu terpaksa mengiktiraf, walaupun secara
enggan, persa- maan taraf kerajaan-kerajaan ‘orang gasar’ dengan menerima duta
besar mereka dalam tahun 1860. Pampasan telah dibayar kepada mereka sejak
Peperangan Inggeris-China dan jumlah yang besar harus dibayar lagi pada
permulaan abad kedua puluh, ter- utama sekali selepas Kebangkitan Boxer tahun
1899—1900. Wang itu sangatlah diperlukan untuk rancangan pemulihan yang
dimulakan pada tahun 1901. Penghinaan telah terus bertambah satu demi satu;
masa yang paling buruk sekali adalah Pertarungan Penguluran pada tahun 1898.
Kuasa-kuasa Barat dan Jepun membahagikan China kepada lingkungan-lingkungan
pengaruh, dan tiap-tiap kuasa mempertahankan tuntutan mereka. Dalam tiap
lingkungan, kuasa luar itu menguasai pengusahaan ekonomi dan mempengaruhi
pentadbiran awam.Tidaklahhairan sekiranya kebencian terhadap orang-orang Barat
dan Jepun itu begitu melampau. Begitu juga kebencian terhadap orang-orang
Manchu berlipat ganda kerana merekalah yang dianggap bertanggungjawab
membiarkan negeri China dihina. Sebaliknya, orang-orang China percaya yang
sebuah kerajaan China baru mungkin dapat memberi tentangan kepada tuntutan
orang-orang luar itu.
Kegagalan yang berlanjutan dalam
menyelesaikan pen- deritaan-penderitaan sosial dan ekonomi
Dalam abad kesembilan belas, penduduk
China yang berjuta orang itu adalah punca kesukaran-kesukaran sosial dan
ekonominya. Di bawah pentadbiran Ming yang aman, perkembangan penduduknya
adalah terlalu cepat berbanding dengan kawasan pertaniannya yang luas tetapi
terhad itu. Penduduk ini terus meningkat dengan kadar yang tinggi di bawah
pentadbiran Ch’ing. Pertambahan penduduknya sebanyak empat kali ganda dari 100
juta dalam tahun 1644 menjadi 400 juta dalam tahun 1850, adalah tidak seimbang
dengan perkembangan kawasan pertanian dan telah mengakibatkan kepadatan
penduduk yang sangat tinggi di kawasan-kawasan pertanian. 80% dari 400 juta
orang telah bertumpu di kawasan pertanian yang kurang dari 20% wilayahnya. Ladang-ladang yang begitu sesak itu tidak dapat mengeluarkan hasil yang
mencukupi untuk petani-petani yang begitu ramai bilangannya yang semata-mata
bergantung kepada hasilnya. Petani-petani terpaksa berhutang dan apabila mereka
gagal membayar balik hutangnya peminjam-peminjam wang merampas tanah mereka.
Petani-petani semakin bertambah ramai yang menjadi penyewa tanah atau menjadi
buruh ladang; yang lainnya terusir dari ladang mereka dan menjadi penganggur
yang bertambah ramai yang akhirnya menjadi papa atau perompak. Mereka yang
bernasib baik kekal sebagai petani akhirnya men- dapati yang mereka tidak dapat
menyimpan hasil dengan banyak kerana terpaksa membayar cukai dan sewa yang
tinggi, yang kedua-duanya sering dibayar dengan benda. Keadaan hidup mereka
tidaklah lebih baik dari rakan-rakan mereka yang menganggur. Mereka selalu
berada dalam keadaan miskin dan kela- paran disebabkan oleh banjir, kemarau
atau wabak yang menimpa kawasan-kawasan yang luas dan merupakan perkara biasa
dalam abad kesembilan belas. Satu kemarau yang teruk telah berlaku pada tahun
1832. Pada tahun 1833, bala kebuluran telah menimpa wilayah-wilayah Hunan dan
Hupeh. Satu lagi bala kebuluran dalam tahun 1878 telah menyebabkan kematian
sembilan juta jiwa. Langkah-langkah untuk menentang akibat mala-petaka ini
tidak mencukupi disebabkan oleh sikap tidak ambil peduli dan ketidakcekapan kerajaan
serta pegawai-pegawai yang mengamal rasuah yang telah menggunakan wang tabung
bantuan untuk tujuan persendirian.
Penderitaan-penderitaan sosial dan ekonomi
telah menghasilkan satu siri pemberontakan dalam abad kesembilan belas. Di
antara yang amat serius sekali ialah Pemberontakan Taiping (1851—1864),
Pemberontakan Nien-fei (1853—1868), dan beberapa pemberontakan Muslim di
beberapa tempat dalam empayar tersebut (antara 1855 dan 1878). Walaupun berlaku
banyak pemberontakan dan pemerintahan Ch’ing di zaman Taiping hampir musnah,
dinasti Manchu telah memasuki abad kedua puluh dengan keadaan yang kurang
cekap, penuh rasuah dan tidak mengambil endah terhadap kesusahan rakyat jelata.
Dalam Revolusi tahun 1911, petani-petani dengan cepat telah menyambut kebangkitan
yang telah dimulakan oleh pihak revolusioner dan tentera di kota-kota.
Kebanyakan petani China merasai kesukaran ekonomi lebih dahsyat dari kehilangan
kuasa politik orang China atau penghinaan yang disebabkan oleh orang Barat.
Inisiatif untuk revolusi telah diberikan
oleh kelas bandar yang tidak puas hati dengan keadaan politik. Ia merebak dan
popular di wilayah tengah dan selatan kerana adanya sambutan dari kaum petani.
Kemusykilan politik
Secara tradisi kerajaan China adalah birokratik.
Kepentingan telah diberikan kepada peperiksaan kerajaan dan calon-calon yang
berjaya telah memasuki perkhidmatan pentadbiran. Pada namanya Maharaja menjadi
pemerintah autokratik ke atas seluruh kawasan kekuasaannya tetapi oleh sebab
faktor-faktor ilmu alam dan kesukaran perhubungan, pegawai-pegawai mempunyai
kuasa untuk menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam pentadbiran di peringkat
wilayah. Semasa dinasti Manchu sistem ini telah dapat diterima oleh orang-orang
China buat beberapa lama. Pertama sekali, ianya adalah sistem yang telah tahan
diuji waktu dan telah menghasilkan taraf pencapaian yang tinggi di waktu-waktu
yang lampau. Keduanya, kebanyakan pegawai terdiri dari orang-orang China.
Rasa tidak puas hati terhadap sistem ini kemudiannya telah muncul kerana dua
sebab. Satu ialah kerana kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah
sosial dan ekonomi dan tidak dapat menghadapi masalah menge- nai orang Barat,
yang telah bagi pertama kalinya mendedahkan pentadbiran Manchu sebagai suatu
yang usang. Ini ditambah pula dengan kemasukan idea-idea Barat mengenai politik
ber- perwakilan dan bilangan orang China yang semakin bertambah menuntut
institusi-institusi baru yang membolehkan orang ramai mengambil bahagian dalam
hal menggubal polisi dan mengambil keputusan.
Kerajaan Manchu tidak membuat sebarang
percubaan untuk memperkenalkan institusi-institusi politik baru dalam abad
kesembilan belas. Walau bagaimanapun, sesudah kegagalan Pemberontakan Boxer
dan kekalahan Russia di tangan Jepun, Maha- rani Balu telah menyedari akan
perkara ini. Mengapakah negeri China tidak dapat mencapai apa yang telah
dilakukan oleh Jepun dengan begitu dramatik sekali? Jawabannya terletak kepada
fakta bahawa negeri China tidak mempunyai sebarang perlembagaan. Negeri China,
pada masa ini, seharusnya bersedia untuk sebuah kerajaan berperlembagaan.
Tambahan pula, orang-orang China telah didesak dalam titah-perintah Sianfu
tahun 1901 supaya bersatu dengan orang-orang Manchu bagi menguatkan negara.
Sudah tentulah penyertaan orang-orang China dalam pentadbiran dalam lingkungan
rangkakerja per- lembagaan adalah cara yang baik untuk menyakinkan orang China
bahawa orang Manchu telah berubah sikap. Dalam tahun 1906 satu titah-perintah
mengisytiharkan badan perwakilan rakyat telah dipersetujui. Dalam tahun 1908
Prinsip Perlem- bagaan telah dikeluarkan dan badan perwakilan wilayah telah
dijanjikan untuk tahun 1909. Satu Perhimpunan Kebangsaan telah dirancangkan
untuk tahun 1910. Ini akan diikuti pula oleh sebuah Parlimen menjelang tahun
1917. Badan perwakilan wilayah dan Perhimpunan Kebangsaan telah diadakan
sebagaimana yang telah dirancangkan. Jelaslah bahawa badan-badan tersebut
hanyalah merupakan badan penasihat sahaja. Perlembagaan ditetapkan oleh
peringkat atas dan Maharaja tetap berkuasa dalam semua perkara. Namun, masih
banyak lagi perkara-perkara yang diperlukan dalam langkah-langkah perlembagaan
itu dan rasa tidak puas hati tentang politik timbul di kawasan-kawasan bandar.
Walaupun kerajaan Manchu telah berjanji
untuk mengadakan perundingan dengan orang China mengenai hal pentadbiran,
kerajaan telah mengumumkan bahawa ianya akan memusatkan pentadbiran keretapi.
Langkah ini seolah-oleh mencabar autonomi wilayah-wilayah yang telah
menguasai pentadbiran keretapi di kawasan masing-masing. Lagipun, kerajaan
terpaksa meminjam wang dengan banyaknya dari orang asing untuk membiayai
pembinaan jalan keretapi. Rasa tidak puas hati yang disebabkan oleh
faktor-faktor politik dan pentadbiran ini telah dirasai oleh mereka yang datang
dari kelas-kelas yang mempunyai wakil dalam badan perwakilan wilayah; iaitu
saudagar dan sarjana.
Dengan tamatnya Perang China-Jepun dalam
tahun 1895, ramai orang China telah diselubungi oleh perasaan malu yang mendalam
dan mereka menyedari bahawa tindakan positif mesti diambil untuk menguatkan
negeri. Ini mendorong beberapa orang sarjana tertentu untuk mengadakan satu
parti pemulihan untuk menguatkan negeri China di dalam rangka-kerja dinasti
Ch’ing. Sarjana K’ang Yu-wei adalah yang terkemuka di kalangan ahli-ahli
gerakan pemulihan ini; malahan dia telah memujuk Maharaja Kuang Hsu supaya
bekerjasama dalam rancangan pemulihan yang sekarang dikenali sebagai Pemulihan
Seratus Hari. Terdapat juga lain-lain cendekiawan yang merasa sangat terhina
akibat kekalahan itu dan mereka tidak lagi dapat bersabar terhadap orang-orang
Manchu. Tujuan mereka adalah untuk menghapuskan dinasti Ch’ing. Pada mulanya,
ahli-ahli pemulihan itu adalah lebih popular tetapi kegagalan Pemulihan Seratus
Hari menye- babkan ramai yang berputus harapan tentang berlakunya pemulihan.
Dari masa itulah pergerakan revolusioner mula giat.
Di antara mereka yang bersemangat
revolusioner itu ialah seorang pemuda yang telah cuba memulakan satu
pemberontakan di Canton dalam tahun 1895 tetapi ia terpaksa melarikan diri
kerana gagal. Beliau ialah Sun Yat-sen, seorang doktor perubatan Barat yang berpendidikan
Inggeris dan pengasas Hsing Chung Hui, dan kemudiannya T’ung Meng Hui. Sun yang
dianggap sebagai Bapa Republik China dan seorang nasionalis, anehnya telah
menghabiskan masa pra-revolusionernya di luar negeri China. Dia tidak berada
dalam negeri apabila Revolusi meletus pada tahun 1911, tetapi kegiatan
revolusionernya telah membantu mencetuskan pemberontakan itu.
Sun, yang telah dilahirkan dalam tahun
1866 di kampung Choyhung, Kwangtung, telah pergi ke Hawaii ketika berumur empat
belas tahun. Setelah menerima pendidikan Barat dia telah kembali ke kampungnya
dan tinggal bersama dengan saudara lelakinya, yang tidak lama kemudian telah
terkejut dengan sikap kritikal Sun terhadap tradisi orang China di sana,
terutama sekali tentang pentadbiran, pendidikan dan amalan agama tradisional.
Tidak lama kemudian, Sun telah menghadapi beberapa masalah dengan orang-orang
kampungnya kerana ia telah mencela perbuatan mereka memuja patung-sembahan.
Keluarganya terpaksa menghantar Sun keluar dari kampung itu. Kali ini ia telah
pergi ke Hong Kong dan dalam tahun 1884, mendaftarkan diri sebagai penuntut di
Queen’s College. Kemudian, dia memasuki kolej perubatan dan lulus sebagai
seorang doktor ketika berumur 26 tahun.
Selepas menjadi seorang doktor buat satu
masa yang singkat di tanah jajahan Portugis, Macao, Sun kembali ke negeri
China. Keadaan-keadaan politik dan sosial begitu merunsingkan fikiran- nya
sehingga dia telah yakin bahawa pemulihan tidak mungkin berlaku di bawah
pentadbiran Manchu. Ini membuatkan dia giat dalam satu kempen menyebarkan rasa
tidak puas hati untuk memulakan satu pemberontakan. Hsing Chung Hui (Persatuan
Hidupkan negeri China) telah dibentuk di Hawaii pada tahun 1894, dan pada tahun
1895, sebagai permulaan dia telah cuba menawan ibupejabat kerajaan wilayah di
Canton dengan beberapa orang rakan. Kegagalan tindakannya itu telah memaksa ia
lari ke Hong Kong dan sejak itu ia telah mengembara dengan luasnya ke Jepun,
Asia Tenggara, Hawaii, Amerika Syarikat, England dan Eropah. Rancangannya
sekarang ini ialah untuk mengutip derma dan memperolehi sokongan dari rakyat
China yang tinggal di luar negeri untuk satu revolusi di negeri China. Dalam
tahun 1905, dengan percantuman Hsing Chung Hui dan lain-lain kumpulan
revolusioner, T’ung Meng Hui (Liga Bersatu) telah ditubuhkan. Rancangan T’ung
Meng Hui adalah:
(i) memberontak;
(ii) penubuhan sebuah republik;
(iii) pembahagian semula tanah;
(iv) menamatkan semua kawalan orang asing ke atas wilayah dan hak-hak istimewa ekonomi.
(i) memberontak;
(ii) penubuhan sebuah republik;
(iii) pembahagian semula tanah;
(iv) menamatkan semua kawalan orang asing ke atas wilayah dan hak-hak istimewa ekonomi.
Liga ini telah mengadakan hubungan di
negeri China dan menerbitkan akhbar di Jepun dan Shanghai yang mengutuk
orang-orang Manchu. Ini telah disebarkan di negeri China. Satu siri
pemberontakan telah diadakan di beberapa bahagian negeri itu untuk mendapat
pengalaman dan untuk menguji kekuatan parti. Sudah tentu tindakan mereka itu
telah tidak berjaya. Se- mentara itu, melalui propagandanya Sun telah
mempengaruhi penuntut-penuntut yang semakin bertambah bilangannya yang belajar
di Jepun. Setelah kembali ke negeri China, mereka telah dapat menjalankan
propaganda revolusi Sun dan membuat per- sediaan untuk revolusi. Mereka
sebaliknya telah menumpukan propaganda mereka terhadap tentera kerana,
pertamanya, di kalangan tentera telah wujud rasa tidak puas hati di atas
ketidak- cekapan orang Manchu dan, keduanya, adalah menguntung- kan jika
sekurang-kurangnya sebahagian dari anggota tentera berada di pihak mereka
andainya berlaku satu kebangkitan umum.
Sung Chiao-jen, salah seorang dari orang
hubungan mereka di negeri China, telah mendirikan satu pengkalan di Shanghai.
Pihak revolusioner telah mendapat pengikut yang ramai dari kalangan tentera di
Wuhan dan telah dirancangkan bahawa gudang senjata di Hanyang akan membekalkan
senjata dan peluru. Tentera-tentera di Hankow dan Wuchang juga telah dapat
dipengaruhi untuk berpihak kepada pergerakan anti- Manchu. Secara umum, T’ung
Meng Hui telah mendapat satu kumpulan pengikut di wilayah-wilayah selatan
sehingga ke Lembah Yangtze termasuk Kwangtung, Kwangsi, Hunan, Hupeh dan
Chekiang. Namun pengikut-pengikutnya adalah terhad kepada kumpulan-kumpulan
penuntut yang tersusun dan tentera tetapi tidak tersebar luas di kalangan
rakyat. Kesulitan-kesulitan penduduk adalah sebab bagi meletusnya pemberontakan
semen- tara pergerakan revolusioner memberikan inisiatif, inspirasi dan
kepimpinan awal dengan cara memulakannya di Wuchang pada lOhb Oktober 1911. Ini
dengan cepat telah diikuti oleh kebangkitan di Hankow dan Hanyang.
Sun Yat-sen telah memberikan satu
sumbangan penting kepada pergerakan revolusioner dan dengan itu kepada Revolusi
sendiri. Propagandanya telah menarik pengikut yang agak ramai untuk tujuan
revolusi. Keadaan ini telah menghidupkan di kalangan kelompok tersebut,
keinginan untuk satu order baru yang berdasarkan pada tiga Prinsip Rakyat (San
Min Chu I) yang di- perkenalkan dalam tahun 1898 — kesatuan nasional, demokrasi
dan keselamatan sosial yang bermakna memberi layanan istimewa kepada
kelas-kelas yang lebih miskin. Beliau telah memujuk orang-orang asing untuk
mengekalkan dasar perkecualian jika meletus kebangkitan umum menentang
orang-orang Manchu. Bila pemberontakan bermula dia telah berjaya menghalang
satu pinjaman wang yang telah diuruskan oleh sebuah bank di England untuk
orang-orang Manchu. Dasar perk'ecualian kewangan ini telah dipatuhi di
sepanjang masa pemberontakan itu. Kehabisan wang adalah satu faktor besar yang
menyebabkan kerajaan mahu mengadakan perundingan kerana tentera kerajaan di
bawah Yuan Shih-kai seolah-olah dapat menguasai tentera revolusioner di separuh
selatan negeri China. Pihak revolusioner juga menghadapi masalah kewangan
tetapi derma orang-orang China dari seberang laut yang telah dikutip oleh Dr.
Sun telah dapat memberi sumbangan besar untuk beberapa bulan yang pertama.
3. REVOLUSI DAN AKIBATNYA
Pada 9hb Oktober 1911, ketika
anggota-anggota parti republikan yang revolusioner sedang bersedia dengan penuh
semangat untuk melakukan pemberontakan, secara tidak sengaja sebuah bom telah
meletup di markas besar mereka di Hankow. Kejadian ini telah diikuti oleh satu
serangan polis dan ramai dari mereka yang nama-namanya tercatit dalam satu
senarai yang didapati semasa serangan itu telah ditangkap. Dengan itu pihak
revolusioner terpaksa menyerang kerajaan dengan segera. Tentera- tentera yang
tidak setia telah mula bertindak di Wuchang pada lOhb Oktober 1911. Mereka
telah memaksa Kolonel Li Yuan- hung untuk menjadi pemerintah tentera
pemberontak walaupun ia sendiri tidak terlibat dalam tujuan mereka. Wuchang
jatuh ke tangan pemberontak dengan diikuti oleh Hankow dan Hanyang.
Semasa kejadian ini berlaku, di Szechuan
telahpun berlaku kekacauan di mana orangramai sedang mengadakan tunjuk perasaan
terhadap polisi pemusatan-keretapi dan telah menyerang ‘yamen’ Viceroy.
Sungguhpun kejadian di Szechuan itu tidak ada kaitan dengan peristiwa di
Wuchang, ia telah menyulitkan lagi usaha kerajaan untuk menyelesaikan
pemberontakan di Wuchang.
Kejayaan awal pihak revolusioner di
Wuchang, Hankow dan Hanyang telah menjadi isyarat kepada anasir-anasir lain
yang tidak puas hati, yang berada di kota-kota lain untuk bangun menentang
kerajaan. Dalam bulan yang sama dengan cepat Ichang, Changsha, Kiukiang dan
Hsianfu telah menyertai pihak Revolusi. Banyak kota lain juga telah memberontak
dengan sendirinya tanpa menerima arahan dari parti revolusioner. Hanya selepas
itu barulah mereka menjemput parti revolusioner untuk datang mengambil-alih
kuasa, ataupun mereka mencapai persefahaman dengan parti ini dengan menghantar
wakil untuk mengambil bahagian dalam satu majlis revolusioner di Nanking.
Pergerakan revolusioner telah mendapat kejayaan besar di China selatan sehingga
ke Lembah Yangtze bila keseluruhan wilayah jatuh ke tangan mereka.
Pemberontakan telah berlaku di kalangan tentera di beberapa bahagian wilayah
utara tetapi pada umumnya kebanyakan wilayah tersebut masih taat kepada
kerajaan dan pergerakan revolusioner Sun Yat-sen yang peng- kalan kuasanya
terletak di bahagian selatan tidak dapat menguasai kebanyakan kawasan ke utara
Yangtze.
Semasa pemberontakan sedang berlaku orang
Manchu telah mengadakan satu pentadbiran berperlembagaan sebagai menyambut
tuntutan-tuntutan Perhimpunan Kebangsaan yang telah bersidang pada 22hb
Oktober. Yuan Shih-kai telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada 8hb November.
Sebagai satu langkah untuk meredakan kemarahan rakyat, percubaan ini telah
gagal. Pihak revolusioner terus menentang tetapi tentera imperial di bawah
pemerintahan Yuan Shih-kai masih bertenaga. Pihak revolusioner tidak berjaya
menembusi kawasan utara sementara orang-orang Yuan berjaya mengalahkan mereka
dalam beberapa pertem- puran. Bagaimanapun, satuperkembanganbarusekarangmuncul.
Keadaan kewangan di kedua belah pihak telah merosot sekali dan satu kebuntuan
dalam peperangan itu mungkin berlaku. Yuan telah mengatur perundingan dengan
pihak revolusioner. Menjelang masa itu satu majlis revolusioner telah
ditubuhkan untuk bertindak bagi pihak keseluruhan pergerakan tersebut. Majlis
ini mengiktiraf pengaruh pihak republikan dan pada 29 Disember 1911 ia telah melantik
Sun Yat-sen sebagai Presiden sementara Republik China. Pihak revolusioner telah
hadir di majlis perundingan itu dan menuntut supaya kerajaan beraja ditamatkan dan Republik diperakui. Kedua-dua pihak sangat ingin mendapatkan
penyelesaian kerana keadaan kewangan mereka dan mereka tidak dapat mengharapkan
pinjaman asing sebab orang-orang asing memegang dasar perkecualian kewangan.
Yuan yang bercita-cita besar dan seorang petualang sedang membuat rancangan
untuk faedah dirinya sendiri. Penawaran jawatan Presiden yang dibuat oleh Dr.
Sun kepadanya telah menyelesaiakan masalah itu. Dia telah memujuk orang Manchu
supaya melepaskan kuasa mereka dan sebagai gantinya satu penyelesaian kewangan yang baik akan dibuat
dan ia juga men- janjikan keselamatan bangsa Manchu. Pihak revolusioner bersetuju dengan syarat-syarat ini. Pada 12hb Februari 1912,Maharaja kanak-kanak itu
telah turun takhta dan keseluruhan kuasa kerajaan Manchu telah diserahkan. Dr.
Sun telah meletakkan jawatan Presiden sementara pada 15 Februari dan atas
nasihat Dr. Sun majlis revolusioner telah melantik Yuan Shih-kai menjadi
Presiden sementara Republik yang baru dibentuk itu.
Dr. Sun menawarkan jawatan Presiden kepada
Yuan pada masa perundingan adalah sebagai satu galakan untuk memujuknya
menyakinkan orang Manchu supaya menyerahkan kuasa. Ada lagi lain-lain sebab
mengapa tindakan ini diambil. Dr. Sun menyedari kedudukannya sendiri yang
sangat lemah di bahagian utara China di mana kedamaian dan undang-undang
wilayah berada di dalam tangan gabenor-gabenor tentera yang pernah berada di
bawah perintah Yuan. Kalau Dr. Sun kekal sebagai Presiden gabenor-gabenor
tentera dan Yuan sendiri mungkin tidak akan memberi sokongan kepada rejimnya
dan negeri China akan berpecah-belah. Di sebaliknya, dengan Yuan sebagai
Presiden, Dr. Sun dapat mendesak pihak Republikan menerimanya demi
kepentingan kesatuan negara. Untuk sebab yang sama pihak Republikan bersetuju
dengan desakan Yuan untuk menge- kalkan Peking, pengkalan kuasanya, sebagai ibu
negeri meskipun pihak Republikan lebih cenderung untuk menjadikan Nanking ibu
negeri. Yuan adalah seorang pentadbir yang berpengalaman dan negarawan yang
dihormati oleh negara-negara Barat sedang- kan Dr. Sun tidak ada pengalaman
sebagai pentadbir dan Barat mengenalinya sebagai seorang revolusioner sahaja.
Adalah diharapkan bahawa bila Yuan memegang teraju pentadbiran China akan
berada dalam keadaan yang baik untuk mendapat pengikti- rafan sebagai sebuah
republik baru dan mendapat pinjaman wang dari luar. Yuan juga boleh menggunakan
pengalamannya yang luas itu untuk membantu penyusunan pentadbiran. Rupa- nya,
Dr. Sun tidak menimbangkan cita-cita Yuan dan sikapnya yang kurang yakin
terhadap demokrasi. Sebenarnya, Dr. Sun sangat yakin pada sistem berparlimen
hingga membuatkan dia percaya bahawa, sebaik sahaja perlembagaan dan parlimen
ditubuhkan, cita-cita Yuan akan diimbangi oleh jentera sistem tersebut serta
keghairahan rakyat untuknya kerana ini akan membolehkan rakyat menggunakan
hak-hak mereka dan mengambil bahagian dalam kerajaan. Dr. Sun tidak meramalkan
tindakan- tindakan melampau yang akan diambil oleh Yuan.
Kediktatoran Yuan
Yuan Shih-kai secara rasmi telah dilantik
menjadi Presiden Republik China pada lOhb Mac 1912. Perlembagaan sementara
juga lahir pada hari itu. Sejajar dengan perlembagaan ini, struktur kerajaan
adalah terdiri dari Presiden, satu Kabinet dengan kuasa eksekutif dan satu
Perhimpunan Kebangsaan berdwi dewan dengan kuasa perundangan. Untuk sementara
waktu satu Majlis Penasihat Kebangsaan di Nanking menjalankan fungsi perundangan
sehingga satu pilihanraya umum diadakan pada musim bunga tahun 1913. Dengan
adanya pilihanraya ini satu Perhimpunan Kebangsaan atau Parlimen, mengandungi
sebuah dewan Senat dan sebuah Dewan Perwakilan telah ditubuhkan tepat pada
waktunya. Sidangnya yang pertama diadakan pada 18hb April 1913 di Peking.
Kebanyakan dari mereka yang dipilih ke
perhimpunan ini adalah terdiri dari anggota-anggota Kuomintang. Kuomintang
adalah satu parti yang terbentuk hasil dari gabungan T’ung Meng Hui dengan
lain-lain kumpulan revolusioner dalam tahun 1912 berikutan dengan penyerahan
rejim Manchu. Wakil-wakil dari parti ini berazam untuk melihat supaya Kabinet
dan Perhimpunan Kebangsaan sepatutnya menjalankan kuasa dan bukannya Presiden.
Di samping tidak percayakan Yuan yang bercita-cita tinggi dan yang tidak
bersimpati terhadap tujuan republikan, Kuomintang menghendaki sistem demokratik
di mana badan perundangan, iaitu wakil-wakil rakyat yang dipilih, harus menjadi
badan tertinggi dengan Kabinet bertanggungjawab kepadanya dan Presiden hanya
mempunyai kuasa simbolik sahaja. Tugas Perhimpunan itu adalah untuk memilih
Presiden dan menggubal satu perlembagaan tetap. Yuan telah dilantik sebagai
Presiden dan diisytiharkan pada lOhb. Oktober 1913. Draf perlembangaan telah
siap pada 26hb. Oktober 1913, tetapi sebelum Perhimpunan itu dapat membuat
pengundian terhadapnya, Yuan telah mengharamkan Kuomintang (4hb. November 1913)
atas tuduhan menjadi satu parti yang menghasut. Ahli-ahli Kuomintang tidak
dapat mengambil kerusi mereka dalam Perhimpunan dan oleh sebab itu badan ini
telah digantung sebab tidak ada korum. Sungguhpun Perhimpunan tidak dimansuhkan
secara rasmi, penggantungannya mengakhiri proses berparlimen dan Presiden telah
tinggal sebagai orang berkuasa penuh dalam pentadbiran.
Tindakan Presiden adalah puncak dari satu
perseteruan antaranya dengan Kuomintang sejak masa Majlis Penasihat Kebangsaan
lagi. Pada masa itu Presiden sementara dan majlis tersebut telah bertelingkah
mengenai pemilihan sama ada Peking atau Nanking dijadikan ibu negeri,
perlantikan ahli-ahli Kabinet dan issue kewangan. Pertelingkahan mengenai
kewangan ber- punca dari perjanjian pinjaman yang dibuat oleh Yuan dengan satu
kumpulan ahli-ahli bank dari lima buah negeri (Konsortium Lima Kuasa yang
terdiri dari England, Perancis Jerman, Russia dan Itali). Kuomintang telah
menentang syarat-syarat yang di- kenakan oleh peminjam-peminjam, yang termasuk
pengawasan terhadap perbelanjaan wang pinjaman tersebut, dan cara-cara
bagaimana Yuan mendapatkan pinjaman itu. Dia telah mendapat persetujuan Majlis
Penasihat Kebangsaan sebahagian besarnya secara rasuah (majlis ini terdiri dari
perwakilan dari semua wilayah dan tidak dikuasai oleh Kuomintang) dan
menyelesaikan perjanjian itu sebelum Perhimpunan Kebangsaan dapat bersidang
selepas pilihanraya umum. Terdapat juga lain-lain peristiwa yang meruncingkan
lagi permusuhan antara Presiden dan Kuomintang. Pada bulan Mac 1913, salah
seorang dari pemimpin Kuomintang, Sung Chiao-jen, telah dibunuh dan dengan ini
telah wujud rasa curiga yang kuat bahawa Yuan telah mula melakukan pembunu- han
lawan-lawan politiknya. Menjelang bulan Julai, satu kekacauan telah meletus
di lembah Yangtze. Kekacauan ini dikenali sebagai ‘Revolusi Kedua’ atau
‘Revolusi Musim Panas’. Ia hanya memberi peluang untuk Presiden menjalankan
langkah-langkah tegas terhadap lawan-lawannya sebagai tindakan lanjutan untuk
menghapuskan pemberontakan. Terdapat anggota-anggota Kuomintang yang telah
terlibat dalam pemberontakan tersebut dan ini kemudiannya membolehkan Presiden
membubarkan Kuomintang yang dianggap sebagai parti penghasut.
Dengan tergantungnya Perhimpunan
Kebangsaan, Yuan mengambil langkah-langkah untuk menubuhkan satu struktur pentadbiran yang selaras dengan cita-citanya
untuk menjadi pemerintah tertinggi dan dengan keyakinannya terhadap satu sistem
kerajaan autoritarian yang menjanjikan hasil — kedamaian, peraturan dan
pembangunan — dengan lebih cepat dan kurang kekecohan sebab ianya telah
menghapuskan perundingan dan bangkangan. Presiden telah menubuhkan satu Majlis
Politik yang dipilihnya sendiri. Berikutnya satu Perjanjian Perlembagaan yang
rapi telah digubal. Perlembagaan baru ini telah mem- beri semua kuasa kepada
Presiden. Beliau akan melantik Setia- usaha Negara (menggantikan Kabinet) yang
bertanggungjawab kepadanya dan untuk melantik ahli-ahli Majlis Negara yang
hanya berfungsi sebagai penasihat sahaja. Dia boleh melanjutkan tempoh
jawatannya lebih dari tempoh sepuluh tahun yang biasa atau ia sendiri boleh
memilih penggantinya. Kediktatoran Yuan bercirikan penapisan suratkhabar,
pengintip kerajaan, penyeliaan terhadap penyokong-penyokongnya yang menjadi
penting sebab mereka berkebolehan untuk menimbulkan ten- tangan, taktik
kekerasan dan pembunuhan politik. Badan-badan perwakilan wilayah telah
dimansuhkan. Pengharaman Kuomintang, penggantungan Perhimpunan Kebangsaan dan
pelaksanaan kuasa-kuasa kediktatoran tidak membangkitkan sebarang bangkangan
dari rakyat. Pertama sekali, Yuan telah memulihkan keamanan dengan tegas di
kebanyakan wilayah walaupun melalui dan cara pemerintahan tentera yang menindas
tetapi tegas. Gabenor-gabenor Tentera yang mengekalkan tenteranya sendiri di wilayah
masing-masing sama ada telah memberikan kese- tiaan kepada Yuan atau menikmati
kuasa dan keistimewaan sebegitu rupa hingga membuatkan mereka puas hati untuk
membiarkan kediktatorannya begitu sahaja. Melalui mereka pihak berkuasa pusat
mentadbirkan wilayah-wilayah dan mengekalkan keamanan. Keduanya, tidak wujud
satu kelas menengah yang kuat untuk memimpin rakyat jelata dan mengambil-alih
teraju kuasa dan dengan itu menggantikan pihak tentera. Ketiganya, rakyat
jelata tidak memahami ideologi demokrasi yang abstrak. Lagipun, mereka
mendapati bahawa demokrasi membenarkan pergaduhan di kalangan berbagai-bagai
kumpulan (seperti dalam Majlis Penasihat Kebangsaan) dan langkah-langkah
penghalang (seperti ketika Kuomintang menentang rancangan Presiden semata-mata
dengan tujuan untuk menyekat kuasanya). Dengan
itu, di akhir tahun 1914 kedudukan Yuan
adalah sangat teguh. Oleh kerana cita-citanya tinggi dan ia bersifat petualang,
Yuan merasai bahawa sokongan yang didapatinya dan kekurangan tentangan akan
membolehkannya melantik dirinya sebagai seorang maharaja selagi kerajaan tidak
berubah — iaitu mempunyai bentuk perlembagaan tetapi pemerintahnya mempunyai
kuasa mutlak supaya keamanan, peraturan dan pembangunan dapat berjalan terus.
Pergerakan Monarki Yuan
Yuan sangat ingin menjadi Maharaja tetapi
ia berpura-pura tidak mahu dan sekiranya ia bersetuju itu hanyalah kerana
memenuhi kehendak ramai. Untuk tujuan ini, satu kempen propaganda telah
dilancarkan untuk menggalakkan satu pendapat awam yang sesuai. Majlis Negara
telah menyentuh tentang penawaran takhta kepada Yuan sebanyak tiga kali. Satu
‘Muktamar Wakil-wakil Warganegara’ yang terdiri dari orang-orang yang boleh
dipengaruhi telah dibentuk dan ia telah meluluskan pengembalian monarki
sebagaimana sepatutnya. Usaha yang begitu besar telah dilakukan untuk
menunjukkan kemahuan dan restu negara kerana Presiden telah membayangkan bahawa
Britain, Jepun, Russia, Perancis dan Itali menentang langkah itu. Kuasa-kuasa
asing ini memberi perhatian besar agar China berada dalam keadaan stabil agar
tidak ada kekacauan yang boleh mengganggu kepentingan-kepentingan mereka
sewaktu berlakunya Perang Dunia I.
Negara tidak menyetujuinya secara
keseluruhan. Satu pemberontakan telah meletus di Yunnan dan berkembangke
wilayah- wilayah lain — Hunan, Kwangtung, Kwangsi, Kweichow dan Szechuan.
Tentangan juga telah berlaku di wilayah-wilayah utara. Di selatan pihak
revolusioner Kuomintang yang telah diharamkan telah menggunakan kesempatan ini
untuk membangkitkan semangat rakyat untuk melakukan satu pemberontakan
terbuka melawan Yuan. Jeneral-jeneral di utara tidaklah begitu berminat untuk
menaikkan Yuan sehingga ke jawatan yang sebegitu agung (Anak Syurga) dan
mengetuai satu keturunan dinasti. Sungguhpun mereka setia kepada Yuan, kuasa
tentera mereka sentiasa boleh dianggap sebagai satu cabaran kepadanya
kerana beliau sangat bergantung kepada
mereka dan sering terpaksa mententeramkan mereka. Malah, golongan sederhana
yang telah menyokong monarki berperlembagaan di zaman Manchu dulu telah
bekerjasama dengan pihak pembangkang. Mereka ini merasai bahawa China pada masa
itu harus menuju ke arah mendapatkan kedamaian, ketenteraman dan kestabilan.
Dengan itu satu perubahan dalam bentuk negara adalah tidak diingini dan
merosakkan. Liang Chi-chao, yang merupakan seorang ahli pemulihan lebih dari
seorang revolusioner, adalah di antara yang berperasaan demikian. Bagaimanapun,
kebanyakan orang tidak dapat menggambarkan Yuan sebagai seorang yang mempunyai
hak yang sah untuk menjadi Maharaja. Pihak Manchu telah menyerahkan alat kuasa
kepadanya hanya untuk membolehkannya mengatur pembentukan sebuah republik. Dia
mung- kin melakukan perubahan-perubahan dalam sebuah republik (sebagai yang
telah dilakukan) tetapi untuk berubah kepada pemerintahan dinasti, hal ini
tidak dapat diterima. Apabila dia menyedari bahawa rancangannya tidak akan
berjaya dia mengisytiharkan bahawa republik itu akan berterusan. Pemberontakan
telah berlaku dalam bulan Disember 1915. Pada 6 Jun tahun berikutnya Yuan
meninggal dunia. Kematiannya telah mempercepatkan keadaan-keadaan yang telah
membawa negeri itu kepada kacau-bilau dan perpecahan politik untuk selama 10
tahun.
Kehulubalangan
Pada masa kematian Presiden, tentera
bersendirian kecil dan besar telah banyak ditubuhkan di seluruh negeri. Malah
jeneral- jeneral yang mengetuai tentera yang ramai telah menguasai keseluruhan
wilayah. Dengan matinya Yuan, seorang demi seorang dari jeneral-jeneral ini
telah mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan menerima perintah dari kerajaan
di Peking. Kebangkitan kekuasaan dan keulungan mereka bermula sejak zaman
revolusi 1911—1912 lagi. Menjelang akhir Revolusi, wilayah-wilayah telah jatuh
kepada pihak berkuasa awam atau kepada kuasa tentera. Di selatan, di mana
tentera revolusioner lebih berjaya, pihak berkuasa awam telah meneruskan pentadbiran
selepas mengisytiharkan diri menyokong Revolusi. Namun, mereka biasanya adalah
disokong oleh tentera-tentera tersebut yang dahulunya adalah tentera-tentera
pertahanan tempatan atau militia. Ke utara Yangtze, di mana pergerakan
revolusioner tidak berapa berjaya, jeneral-jeneral Tentera Imperial telah
mempertahankan wilayah-wilayah di situ sehingga. jatuhnya rejim Manchu.
Penguasaan wilayah-wilayah ini sudah tentu jatuh ke tangan jeneral-jeneral
tersebut apabila jentera pentadbiran Manchu tiada lagi. Presiden Yuan melantik
mereka menjadi gabenor-gabenor tentera dan menggunakan mereka dalam pentadbirannya. Selagi Yuan kekal menjadi Presiden mereka akan memberikan taat
setia kepadanya kerana dia adalah bekas peme- rintah tertinggi mereka.
Cita-cita dan tamak membuatkan mereka mengisytiharkan kemerdekaan selepas
kematian Yuan. Mereka enggan menyerahkan cukai dari wilayah mereka kepada pihak
berkuasa pusat.
Dengan menggelarkan diri mereka sebagai
hulubalang (‘tuchuns’), jeneral-jeneral tersebut telah berperang antara satu
dengan lain untuk meluaskan lagi wilayah-wilayah penguasaan mereka sebab ini
akan menambah lagi kuasa dan pendapatan mereka. Mereka yang lebih berkuasa
bercita-cita untuk menguasai kerajaan di Peking. Ia masih diiktiraf sebagai
kerajaan kebangsaan yang sah. Kerajaan Peking telah mengekalkan hak menerima
sebarang lebihan hasil kastam setelah membayar hutang dan pampasan. Kerajaan
asing terus berurusan dengannya dan oleh itu ia mempunyai kuasa untuk mendapat
pinjaman-pinjaman asing. Ia mempunyai dasar untuk menuntut kesetiaan negara walaupun
pada ketika itu ianya adalah tuntutan kosong sahaja. Perjuangan untuk merebut
kerajaan Peking bermula sebaik sahaja Yuan mati. Li Yuan-hung, Naib Presiden,
telah menjadi Presiden, Hulubalang Tuan Chi-jui kekal menjadi Perdana Menteri.
Presiden Li telah cuba memulihkan pemerintahan berperlembagaan dengan
menubuhkan semula Perhimpunan Kebangsaan. Tuan dan Perhimpunan dengan
serta-merta telah terlibat dalam satu perselisihan. Issuenya ialah mengenai
penglibatan China dengan pihak Berkuasa dalam Perang Dunia I. Tuan menyokong
dan Perhimpunan membantah. Perselisihan ini berakhir dengan satu kumpulan
hulubalang menyokong Tuan dan memaksa Presiden membubarkan Perhimpunan.
Keunggulan Parlimen tidak disukai
oleh hulubalang. Li sendiri meletakkan
jawatan sebab ia mendapati dirinya di bawah kekuasaan hulubalang.
Seorang hulubalang yang berpengaruh, Feng
Kuo-chang (Naib Presiden kepada Li), menjadi Presiden. Apabila Perhimpunan
keluar dari pertandingan untuk menguasai pentadbiran, pertandingan itu sekarang
tinggal hanya antara Presiden dan Perdana Menteri. Tuan telah berjaya. Feng dan
Tuan telah bergabung tenaga dengan lain-lain hulubalang untuk membentuk
puak-puak tertentu. Puak Tuan telah menguasai pentadbiran Peking dari tahun
1918 hingga tahun 1920. Kemudian hulubalang Manchuria, Chang Tso-lin, telah
menghalau Tuan keluar dari Peking dan menguasai kerajaan. Dia telah dibantu
oleh Wu Pei-fu yang kemudian melawannya dan memaksanya berundur ke Manchuria
pada tahun 1922. Dalam menjalankan tugas ini Wu Pei-fu telah mendapat seorang
sekutu, Feng Yu-hsiang. Wu menguasai Peking antara tahun 1922 dan tahun 1924
tetapi mengalami nasib buruk seperti mereka-mereka sebelumnya apabila Feng
Yu-hsiang menggantikannya dan mengambil-alih kuasanya di Peking. Dengan cara ini,
kuasa ke atas kerajaan di Peking selalu bertukar tangan dari seorang hulubalang
kepada yang lain. Setiap kali berlaku perubahan kuasa, kabinet juga turut
berubah anggotanya tiap-tiap satunya adalah kerajaan boneka dalam tangan puak
hulubalang yang tertinggi.
Sewaktu keadaan yang sedemikian berlaku di
utara, Kuomintang yang telah dihidupkan semula telah mendirikan sebuah
kerajaan di Canton menandingi rejim Peking. Di sini juga hulu-
balang-hulubalang Kwangtung dan Kwangsi sangat kuat hingga- kan rejim Kuomintang
juga merupakan satu kuasa boneka seperti yang di Peking.
Negeri China di zaman kehulubalangan bukan
sahaja berpecah-belah dari segi politik tetapi pentadbiran dan keadaan hidup
di sana telah sampai ke taraf yang paling rendah sekali. Mereka yang berkuasa
tidak mempunyai matlamat yang terpuji, tiada berprinsip dan tidak mempunyai
rancangan pembangunan sosial dan ekonomi. Hanya pihak Kuomintang yang telah
mem- buat perubahan untuk menyatukan semula negeri China bagi mencapai
prinsip-prinsip Dr. Sun. Hulubalang hanya berminat untuk mendapatkan wang dan
kuasa. Di samping sentiasa berperang mereka juga terlibat dalam
aktiviti-aktiviti jahat. Mereka mengaturkan perniagaan candu dan menjual
jawatan-jawatan pegawai. Mereka memeras ‘wang perlindungan’ dari saudagar-saudagar yang sah dan juga dari kongsi-kongsi yang terpaksa membayar supaya
dapat meneruskan perniagaan mereka. Mereka memberi rasuah kepada
mahkamah-mahkamah keadilan. Di kawasan desa, tentera mereka telah menindas,
merompak dan membunuh petani-petani tanpa takutkan hukuman kerana
hulubalang-hulubalang tidak mengambil endah tentang disiplin atau tidak dapat
membayar gaji mereka. Tuan-tuan tanah takutkan pemerasan dan khuatirkan
tentang nyawa mereka. Mereka tinggal di bandar-bandar dan menggajikan
ejen-ejen, selalunya anggota kongsi gelap, untuk mengutip cukai. Ejen-ejen ini,
dengan kerjasama tentera secara diam-diam, telah memaksa petani-petani membayar
cukai yang berlebihan. Sesiapa yang membantah akan ditembak.
Tahun-tahun kehancuran ini berakhir pada
tahun 1928 apabila Kuomintang, selepas menyusun kuasa tenteranya sendiri telah
mengalahkan hulubalang, tetapi hanya selepas ia mendapat ikrar kesetiaan dari
kebanyakan hulubalang yang kuat di antara mereka — Chang Hsueh-liang, Feng
Yu-hsiang, Yen Hsi-shan, dan hulubalang-hulubalang di Kwangsi dan Kwangtung.
Penguluran-penguluran sudah tentu harus diberi kepada mereka tetapi ini
adalah harga yang harus dibayar oleh Kuomintang demi untuk mendapat sebuah
negeri China yang bersatu.
Di tahun-tahun di mana China telah
dipecah-belahkan oleh anasir- anasir yang menjalankan tindakan yang berlawanan
dengan kepentingan kebangsaan iaitu, hulubalang-hulubalang - perjuangan
pihak nasionalis semakin gigih. Ia telah mengambil dua bentuk. Satu ialah
peijuangan tentera-berserta-politik yang berlaku di kalangan Kuomintang. Yang
lagi satu ialah usaha penun- tut-penuntut universiti mempengaruhi kerajaan dan
masyarakat untuk bersikap lebih progresif untuk pembangunan negara. Dalam
perjuangan mereka, Kuomintang atau Parti Nasionalis bekerja ke arah menyatukan
semula wilayah-wilayah dan menu- buhkan sebuah kerajaan yang beridentitikan
nasionalis. Objektif terakhirnya adalah untuk membebaskan orang-orang China
dari eksploitasi orang-orang asing dan menyediakan untuk mereka satu sistem
ekonomi dan politik yang dapat diterima dan mem- beri kebaikan kepada semua.
Kaum intelek penuntut ini ber- usaha membebaskan masyarakatnya dari cengkaman
falsafah konservatif Confucius yang tidak menggalakkan kebebasan berfikir.
Mereka menggunakan berbagai media untuk menghubungi bilangan rakyat yang lebih
ramai dengan idea-idea mereka. Mereka melibatkan diri dalam percubaan yang
dijalankan oleh negara untuk menyelesaikan masalah-masalahnya. Mereka berharap dapat memberi sumbangan kepada penyusunan satu masyarakat yang bebas,
bersatupadu dan progresif.
Seperti yang telah kita lihat, revolusi intelek- tual telah bermula, pada mulanya perlahan-lahan, di dekad
akhir pemerintahan Manchu. Ramai penuntut telah didedahkan kepada
pengaruh-pengaruh intelektual yang baru semasa mempelajari matapelajaran baru
di luar dan dalam negeri. Dengan tamatnya pemerintahan dinastik, pintu untuk
aktiviti intelektual terbuka apabila pembelajaran matapelajaran baru berkembang
dan kesempatan untuk melahirkan perasaan bertambah. Apabila Yuan dan kemudian
hulubalang-hulubalangnya menjerumuskan negara ke dalam keadaan kediktatoran dan
kucar-kacir politik, keben- cian yang dihasilkannya telah membuat
sarjana-sarjana dari generasi baru berazam untuk mengambil bahagian dalam pembentukan masa depan negara. Pendek kata, revolusi intelektual telah
menghasilkan minat terhadap negara dan keinginan untuk bertindak kerananya.
Kaum cerdik-pandai muda telah menghasilkan
tulisan-tulisan yang mengkritik Confucianisme di samping menarik perhatian
kepada nilai-nilai baru seperti demokrasi dan pengajian sains dan ilmu
matematik. Banyak penerbitan akhbar, jernal dan majalah telah muncul. Mereka
memberi peluang kepada kaum intelektual untuk membuat komen mengenai politik,
falsafah, teori-teori sosial dan kesusasteraan. Setengah dari majalah-majalah
penting itu adalah ‘New Youth’ (Hsin Ch’ing Nien) yang diasaskan oleh Chien
Tu-hsiu, seorang Dekan di Universiti Peking; ‘New Tide’ atau kemudiannya dinamakan
‘Renaissance’ yang dianjurkan oleh penuntut-penuntut Universiti Peking; dan
‘Weekly Review’ yangjuga satu penerbitan Universiti Peking. Dr. Hu Shih seorang
tenaga pengajar di Universiti Peking telah mempopularkan loghat ‘pai hua’ atau
‘kuo ue’ melalui tulisannya. Tidak lama kemudian ‘pai hua’ telah digunakan
dengan luasnya di seluruh negeri dalam semua bentuk penerbitan dan menjadi
bahasa yang diterima oleh sarjana-sarjana baru. Di masa-masa lepas,
sarjana-sarjana telah menulis dalam bahasa klasik dan memandang rendah akan
‘pai hua’ yang dianggap sebagai bahasa kasar yang digunakan oleh rakyat biasa.
Tetapi sebagai satu bahasa rakyat ianya adalah satu perantaraan yang dapat
digunakan dan difahami oleh ramai.
Kaum intelektual tidak sahaja mencurahkan
perhatian mereka kepada perkara-perkara akademik. Mereka menuntut supaya hak
wilayah asingan ditamatkan, pemulangan penguluran perlombongan dan keretapi
yang dipegang oleh kuasa-kuasa Barat dan Jepun, dan pengembalian
wilayah-wilayah yang pajakannya dipegang oleh orang asing. Mereka menyambut
dengan marah Tuntutan Dua Puluh Satu Jepun dan pengambiIan Shantung oleh Jepun,
yang kedua-duanya berlaku pada tahun 1915. Bantahan mereka sampai ke puncaknya
apabila Persetiaan Versailles dalam tahun 1919 mengesahkan hak-hak istimewa
Jepun di Shantung dengan mengadakan tunjuk perasaan di Peking pada 4hb Mei yang
diikuti oleh pemogokan. Penuntut-penuntut telah menuntut supaya beberapa
orang menteri, termasuk Menteri Kewangan dan Menteri Luar Negeri, yang
difikirkan terlalu baik dengan Jepun, meletakkan jawatan masing-masing. Mereka
telah memulaukan hasil-hasil keluaran Jepun dan mendesak wakil-wakil kerajaan
supaya jangan menandatangani persetiaan tersebut. Ramai penuntut telah
dipenjarakan tetapi bantahan-bantahan dan mogok itu terusberlaku. Akhirnya
kerajaan telah mengalah dan menolak persetiaan tersebut. Menteri-menteri yang
telah disuruh berhenti telah menyerahkan surat perletakan jawatan mereka.
Pergerakan Empat Mei, yang membawa kepada kejadian-kejadian pada 4hb Mei
1919, pada amnya dianggap sebagai pergerakan intelektual dan penuntut-penuntut
dalam zaman selepas revolusi. Ia mencerminkan perkembangan perasaan nasionalis.
Kebangkitan Kuomintang
Apabila revolusi tahun 1911 tamat,
ahli-ahli Tung Meng Hui dan lain-lain kumpulan revolusioner telah bergabung
untuk membentuk Kuomintang (Parti Nasionalis Demokratik) dalam bulan Ogos 1912.
Menjelang bulan November 1913 anggota- anggotanya melarikan diri dari Peking
selepas parti itu dimansuhkan oleh Presiden. Sekali lagi ia menjadi satu
parti revolusioner sulit. Ia bergerak di China selatan dengan objektif untuk
menyatukan semula negeri China. Ia telah menubuhkan sebuah kerajaan di Canton
pada tahun 1917 yang bergantung kepada sokongan hulubalang tempatan. Dalam
tahun 1920, satu penyusunan semula parti telah dijalankan kerana Dr. Sun telah
mendapati bahawa mereka tidak membuat sebarang kemajuan pun untuk mencapai
tujuan mereka walaupun telah beberapa lama diusir dari Peking. Sungguhpun ianya
telah disusun semula Kuomintang tidak mempunyai satu susunan pentadbiran yang
baik dan satu rancangan tindakan untuk mengambil semula negeri China dari
golongan hulubalang. Dr. Sun tidak berpenga- laman dalam hal-hal kerajaan.
Beliau lebih merupakan seorang pemikir dan bukannya pentadbir dan telah
menghabiskan banyak masa dewasanya menjalankan kerja propaganda. Oleh sebab
T’ung Meng Hui adalah satu persatuan sulit ia lebih banyak bergantung kepada
pemimpin untuk membuat keputusan. Kuomintang masih mengikuti corak ini tetapi
tugas yang ada di hadapan mereka adalah berlainan dan di luar kebolehan pemimpinnya.
Kuomintang bukan sahaja perlu mengukuhkan organisasi partinya tetapi harus
mengadakan satu pasukan tentera. Pada tahun' 1923 parti ini telah disusun
semula sekali lagi. Kali ini Dr. Sun telah meminta perkhidmatan dari Komunis
Russia. Kejayaan cemerlang yang diperolehi oleh Komunis atau Parti Bolshevik
dalam merampas kuasa di Russia menunjukkan mutu kaedah-kaedah pertubuhan
mereka. Dr. Sun telah membuat satu perjan- jian dengan utusan Soviet ke Timur
Jauh, Adolphe Joffe, dan kemudiannya satu rombongan penasihat di bawah pimpinan
Michael Borodin telah tiba di selatan China. Dr. Sun telah sang- gup menerima
orang-orang Russia kerana mereka telah meyakinkannya bahawa adalah menjadi
polisi mereka untuk menentang imperialisme. Ini adalah selari dengan tujuan
nasionalistik Kuomintang untuk mendapatkan semula penguluran yang dipegang
oleh kuasa-kuasa asing. Penekanan yang dibuat dalam penyusunan semula itu
adalah ke atas disiplin, jentera pentadbiran, pembentukan satu rancangan
tindakan untuk menyatukan semula China, dan penubuhan satu tenaga tentera
sebab rancangan tindakan itu melibatkan satu kempen penaklukan terhadap golongan
hulubalang. Dalam mendapatkan bantuan dari Komunis Russia, parti Kuomintang
telah membukakan keanggotaannya kepada Komunis China yang pada masa itu
adalah bersekutu dengan Comintern (Komunis Antarabangsa) yang ditubuhkan
oleh Russia. Idea di belakang jentera baru parti itu adalah untuk menggerakkan
cawangan-cawangannya dengan melibatkan anggota-anggota mereka secara langsung
dalam penguasaan aktiviti-aktiviti di kawasan masing-masing. Untuk tujuan ini,
cawangan-cawangan telah ditubuhkan pada peringkat wilayah, daerah dan daerah
kecil dengan jawatankuasa masing-masing. Urusan-urusan umum adalah di bawah
arahan satu Jawatankuasa Kerja Pusat dan satu Jawatankuasa Pengawas. Penyusunan
seperti ini membenarkan parti menjalankan
urusan-urusannya dengan lebih berkesan. Namun begitu, Kuomintang masih tidak
mempunyai tenaga tentera untuk melancarkan satu serangan terhadap
jeneral-jeneral tersebut. Dalam bulan Disember 1924, Dr. Sun telah pergi ke
Peking untuk membentuk satu kerajaan campuran dengan tiga orang hulubalang -
Chang Tso-lin, Feng Yu-hsiang dan Tuan Chi-jui — yang akan mempercepatkan keka-
lahan lain-lain hulubalang yang kurang kuat. Sun telah mati di Peking dalam
bulan Mac 1925 tanpa menghasilkan sebarang perjanjian dengan mereka.
Kematiannya telah menghilangkan seorang
yang dipatuhi oleh semua bahagian dalam Kuomintang, dan telah menimbulkan
perselisihan di kalangan anggota-anggotanya. Parti itu mempunyai tiga
bahagian: puak kanan, puak kiri dan Komunis. Puak kanan terdiri dari golongan
liberal yang mahukan satu sistem pengusahaan bebas di mana kapitalisme boleh
berjalan. Puak kiri yang mengandungi golongan sosialis menganjurkan polisi-polisi untuk meninggikan taraf pekerja dan petani dan langkah- langkah untuk
menggubalkan undang-undang bagi membaiki keadaan bekerja dan gaji serta sewa
yang lebih rendah. Langkah- langkah seperti itu akan menyekat satu sistem
pengusahaan bebas dan mengakibatkan kemerosotan segala keuntungan dan juga kekuasaan
ahli-ahli perniagaan, tuan-tuan tanah dan pengilang-pengilang. Dengan itu, puak
kanan dan puak kiri telah bertembung dalam satu pergelutan untuk mengambil-alih
kuasa parti. Dalam perlawanan ini, Komunis telah menyokong puak kiri kerana
kedua-dua bahagian mengambil berat tentang kebajikan kaum pekerja dan petani.
Pihak Komunis adalah sosialis pelampau yang bertujuan untuk menggulingkan kelas
yang kaya, merampas semua harta benda dan menjadikan China sebuah negara
Komunis. Buat ketika itu mereka berharap untuk ber- kuasa dalam Kuomintang
dengan mengadakan satu perikatan dengan puak kiri dan menggunakan organisasinya
yang telah siap sedia itu untuk meluaskan pengaruh mereka.
Kematian Dr. Sun juga membolehkan Chiang
Kai-shek, seorang pemerintah tentera yang terlatih, untuk menggantikannya
sebagai ketua parti. Pada tahun 1926, parti tersebut telah melancarkan serangan
bahagian utaranya. Chiang sendiri telah mengetuai tentera tersebut dan telah
menakluki sebilangan besar kota-kota di selatan.
Semasa dia tidak berada di markas besar parti di Canton, pihak Komunis telah
merampas kuasa. Untuk sementara waktu Kuomintang berada di bawah arahan
Komunis. Mereka memindahkan markas besar ke Hankow dan melucutkan jawatan
Chiang sebagai Pengerusi parti. Dia juga telah kehilangan kedudukannya sebagai
Pemerintah Tertinggi tentera Kuomintang. Namun begitu dia terus mengetuai
tentera puak kanan dan selepas sedikit kelewatan, telah menawan Nanking dan
menubuh- kan puak kanan di sana. Menjelang masa itu perasaan takutkan Komunis
telah membuatkan ramai saudagar, ahli-ahli bank, ketua-ketua kesatuan buruh dan
lain-lain anggota Kuomintang di Shanghai supaya menyokong Chiang. Puak kiri
yang dipimpin oleh Wang Ching-wei juga turut bimbang akan penguasaan Komunis ke
atas Kuomintang. Anggota-anggota puak kiri juga adalah nasionalis dan mereka
tidak mahu melihat satu rejim di negeri China yang diarahkan dari luar negeri.
Jeneral-jeneral seperti Feng Yu-hsiang, Yen Hsi-shan dan hulubalang-hulubalang
di Kwangtung dan Kwangsi merasai bahawa kuasa mereka akan hancur apabila
Komunis mengambilalih. Mereka berani bertaruh bahawa Chiang kurang berkebolehan
untuk menghapuskan mereka apabila ia berkuasa. Mereka telah bersatu dengan
pihak nasionalis. Dengan sokongan yang begitu kuat, pada tahun 1927 Chiang
telah bergerak menentang Komunis di Hankow. Penasihat-penasihat Russia telah
dihantar balik dan golongan Komunis China telah diusir dari parti dan
ditindasterus. Pada awal tahun 1928 Chiang telah dilantik semula sebagai
Pemerintah Tertinggi dalam kempen untuk penyatuan semula negeri China. Dengan
berperang sebagai tentera Kuomintang, tentera puak kanan, tentera puak kiri dan
tentera hulubalang telah menawan wilayah- wilayah di utara. Dengan jatuhnya
Peking Kuomintang telah mendirikan sebuah kerajaan nasionalis bagi China yang telah
di- satukan semula dengan markas besarnya di Nanking. Chang Hsueh-liang,
hulubalang Manchuria yang baru dan anak kepada mendiang Chang Tso-lin yang
telah menentang tentera Kuomintang, dengan itu mengikrarkan kewalakannya
kepada kerajaan baru itu. Chiang sudah pasti akan memberi penguluran kepada
hulubalang sekutunya tetapi tolak ansur mungkin tercapai kerana
sekurang-kurangnya pemecahan Republik itu kini telah tamat. Dengan itu negara
boleh meneruskan matlamat yang telah dijanjikannya untuk mencapai Tiga Prinsip
Rakyat (San Min Chu I) yang telah dimajukan oleh Sun Yat-sen.
5. KEBANGKITAN KOMUNISME
Kejayaan pihak nasionalis pada tahun 1928
telah menamatkan satu perjuangan tentera yang sukar. Namun begitu, perjuangan
yang hanya baru bermula adalah lebih sukar lagi. Sekarang sebagai pemerintah
Republik China, Kuomintang telah mewarisi masalah-masalah sosial dan ekonomi
yang telah wujud berabad-abad lamanya. Mereka menghadapi tanggungjawab yang
berat mencipta satu order politik baru yang pada pokoknya mempu- nyai bentuk
yang berbeza dari apa yang telah dite.rima pada masa lampau. Selain dari itu,
adalah tugas kerajaan baru itu juga untuk memulihkan keutuhan dan kedaulatan
wilayah China dengan menghapuskan penguluran-penguluran yang masih dipegang
oleh kuasa-kuasa asing. Kuasa tentera sahaja tidak dapat membantu Kerajaan
Kuomintang. Antara perkara-perkara yang diperlukan ialah sumber-sumber
kewangan, pakar-pakar ekonomi, ahli-ahli pentadbir yang berkaliber tinggi dan
diplomasi. Yang penting ialah ia memerlukan keikhlasan, kejujuran dan minat
yang tulen terhadap kebajikan rakyat. Dalam menghadapi tugas-tugas ini, Chiang
Kai-shek telah salah membuat pertimbangan kerana memikirkan bahawa perhatian
yang besar harus diberikan kepada ancaman Komunis. Dia telah mengabaikan
masalah sosial dan ekonomi, menangguhkan janjinya menubuhkan satu order
politik yang baru dan menggunakan hampir segala sumber dan tenaganya untuk
mengalahkan Komunis. Di samping kesemua ini, ia tidak dapat menyekat rasuah dan
pilihkeluarga yang berlaku dalam semua bahagian kerajaan. Rakyat bukan sahaja
terus menderita tetapi mereka mula meragui sama ada Kuomintang betul-betul
sebuah parti nasionalis dan demokratik dan sama ada ianya jujur membantu
rakyat. Dengan lain-lain perkataan mereka tertanya-tanya apa yang telah terjadi
kepada tiga prinsip pengasas parti — nasionalisme, demokrasi dan keselamatan
sosial? Dengan membesar-besarkan kesalahan-kesalahan Kuomintang dan kepercayaan
rakyat yang semakin goncang itu pihak Komunis telah menunjukkan diri mereka
sebagai pilihan yang lebih baik dari Kuomintang. Dengan membuktikan kesanggupan
dan kejujuran minat mereka terhadap kebajikan rakyat — misalnya, dalam
pemulihan-pemulihan tanah dan menentang serangan Jepun — Komunis mencapai kemena-
ngannya dalam tahun 1949.
Permulaan Parti Komunis China
Selepas Bolshevik beijaya merampas kuasa
di Russia dalam tahun 1918, mereka telah membentuk Komunis Antarabangsa (Comintern).
Tujuannya adalah untuk membantu negeri-negeri lain mencapai revolusi-revolusi
kelas pekerja mereka. Wakil-wakil dari Comintern telah datang ke negeri China
dan membantu pembentukan sebuah Persatuan bagi Pengajian Marxisma di Peking.
Persatuan ini telah menarik beberapa intelektual ter- masuk Profesor Chen Tu-hsiu
dan Mao Tse-tung, seorang pusta- kawan di sebuah universiti. Dalam tahun 1921
pihak Marxist yang setakat ini meminati Marxisme dari segi akademik telah
membentuk Parti Komunis China bagi bertugas untuk satu revolusi kelas pekerja.
Antara anggota-anggota pengasasnya adalah Mao Tse-tung dan Chou En-lai. Parti
Komunis telah cuba me- nambah bilangan anggotanya di kalangan pekerja-pekerja
di kawasan bandar. Di negeri China pekerja-pekerja di bandar tidak ramai kerana
perindustrian terlalusedikit. Akibatnya, pergerakan Komunis gagal untuk
berkembang dengan cepat. Dalam tahun 1923 pihak Komunis China telah memasuki
pertubuhan Kuomintang bersama dengan penasihat-penasihat Russia. Dalam
Kuomintang mereka berjaya menarik ramai pengikut dan merupakan satu bahagian
yang kuat. Dalam 1926 bahagian Komunis telah menguasai Kuomintang tetapi dalam
tahun yang berikut- nya, Chiang Kai-shek telah merampas kuasa semula. Berikutan
dengan itu orang China Komunis telah ditindasterus. Pihak Komunis telah mencari
perlindungan di bukit-bukit. Ini adalah halangan yang pertama bagi pihak
Komunis tetapi dari keseng- saraan ini telah timbul satu keputusan bersejarah
yang banyak menolong pergerakan Komunis untuk maju semula. Salah seorang dari yang
berlindung di bukit-bukit tersebut ialah Mao Tse-tung. Pada masa itu ia telah
yakin bahawa pergerakan Komunis di China tidak akan beijaya dengan mencari
dasar sokongannya dari kalangan pekerja-pekerja di bandar sejajar dengan
doktrin Komunisme Russia. Peringkat perindustrian di China adalah terlalu
rendah. Rakyat kelas pekerja di kawasan- kawasan bandar adalah terlalu kecil.
Sebaliknya, kaum petani China berjuta-juta ramainya. Di sinilah kemungkinan
untuk membentuk satu dasar yang luas dan kuat untuk Komunisme. Petani-petani
adalah miskin dan satu kelas yang diperas oleh tuan-tuan tanah. Kebanyakan dari
mereka tidak mempunyai tanah dan dapat dianggap sebagai golongan yang sama
dengan golongan proletariat bandar di Russia. Mao mulai mengatur kaum petani di
sekitar Chingkangshan, di mana ia mendapat perlindungan, supaya menjadi satu
angkatan Komunis. Chu Teh, yang telah memimpin angkatan Komunis melawan bandar-
bandar, telah mengalami kehampaan dalam percubaan menga- dakan satu dasar kelas
pekerja bandar. Oleh sebab itu beliau telah bersetuju untuk bersama dengan Mao
dalam kempennya memujuk petani-petani. Orang-orang Russia dan pemimpin Komunis
China yang ortodoks dalam Jawatankuasa Politik Pusat telah tidak bersetuju
dengan arah yang dituju oleh Mao. Mao telah dibuang dari Jawatankuasa Politik
Pusat. Namun begitu, beliau telah berjaya meneruskan pengambilan ahli dari
kalangan petani dan membina angkatan Komunisnya sendiri kerana pihak Komunis
telah berpecah-belah menjadi kelompok- kelompok yang terasing dan perhubungan
di antara mereka atau dengan Russia sangat sedikit. Untuk mengambil hati dan
menarik fikiran petani-petani, ramai tuan tanah dan pegawai Kuomintang telah
dibunuh oleh pengikut-pengikut Mao. Tanah telah dirampas dari tuan-tuan tanah.
Tanah ini telah dibahagikan di kalangan petani-petani sebagai satu langkah
untuk mengadakan pemulihan tanah. Mereka menjauhi bandar-bandar dan telah
melancarkan perang gerila melawan tentera kerajaan. Kesilapan Chiang adalah
keengganannya untuk menjalankan pemulihan bagi keuntungan petani-petani. Dia
menuntut agar petani-petani menunjukkan sokongan mereka terhadap kerajaan
terlebih dahulu. Sementara itu, ramai petani di selatan telah memberi makanan,
perlindungan dan maklumat kepada pihak Komunis.
Menjelang tahun 1931, mereka menawan
kawasan-kawasan yang luas di kawasan desa di Kiangsi, Hunan, Hupeh dan
Kwangtung. Penguasaan ke atas kawasan-kawasan ini adalah berpusat di Kiangsi di
mana satu pentadbiran yang dipanggil ‘Kiangsi Soviet’ telah ditubuhkan.
Perarakan Panjang
Chiang Kai-shek yang sangat yakin akan
perang cara tentera telah mengarahkan serangan-serangan kuat terhadap
pengkalan- pengkalan Komunis dalam satu percubaan untuk menghancurkan ancaman
Komunis dengan cepat. Dalam tahun 1934 Komunis telah kehilangan kesemua
pengkalannya melainkan Chiangkang- shan dan Juichin. Tentera Kuomintang telah
mengepungmereka. Dalam masa berjuang untuk melepaskan diri dari sekatan Kuomintang
tentera Mao membuat satu keputusan untuk keluar dari China selatan. Mereka
telah berhijrah ke sempadan barat melalui Yunnan dengan berjalan kaki. Dengan
merentas bahagian pergu- nungan, mereka menuju ke arah wilayah Shensi di barat
laut. Peristiwa ini, yang terkenal sebagai Perarakan Panjang, bermula dalam
bulan Oktober 1934 dan berakhir dalam bulan Oktober 1935. Kekalahan Komunis di
selatan adalah satu lagi halangan bagi mereka. Tetapi seperti dalam tahun 1927,
selepas membuat sesuatu keputusan yang penting mereka telah pulih dari kesukaran ini. Perarakan Panjang itu bukannya satu kejayaan bagi pihak Komunis. Ianya
adalah satu pengunduran — satu penga- kuan kekalahan. Mereka menanggung
penderitaan yang sangat hebat. Ramai dari mereka telah jatuh sakit kerana letih
dan lapar akibat sentiasa diburu oleh tentera musuh yang menyebab- kan mereka
sentiasa bergerak. Dengan hebatnya bilangan mereka telah merosot dari 100 000
menjadi 20000 orang. Namun begitu Perarakan Panjang itu telah membantu
pergerakan Komunis untuk terus wujud. Dengan sentiasa bergerak di kawasan
gunung dan mengelakkan diri dari bertempur secara berdepan dengan tentera
kerajaan, pihak Komunis telah berjaya mengelakkan diri dari dimusnahkan. Mereka
lebih selamat di pengkalan baru mereka di Yenan, Wilayah Shensi yang terletak
jauh dari kubu Kuomintang di Lembah Yangtze dan kawasan-kawasan di selatannya. Yenan tidak mudah didatangi kerana daerahnya bergunung-ganang. Satulagi
kebaikan yang diperolehi dari Perarakan Panjang ini ialah pihak Komunis telah
dapat mengadakan hubungan yang lebih rapat dengan petani-petani di kawasan
yang terpencil. Idea-idea Komunis yang dahulunya terbatas kepada
kawasan-kawasan China Tengah dan China Selatan sekarang telah dibawa ke Utara
China. Dengan berpindahnya mereka ke utara pihak Komunis menghampiri kawasan
operasi Jepun. Orang-orang Jepun telah menguasai Manchuria dan Mongolia dan
tentera mereka berada di Utara China untuk menguatkuasakan pengunggulan
mereka di kawasan tersebut. Pihak Komunis mengakui bahawa mereka memilih
pengkalan baru di utara itu adalah untuk menentang orang-orang Jepun. Propaganda
ini telah menambah lagi bilangan orang-orang dari kawasan-kawasan bandar yang
bersimpati dengan mereka kerana kerajaan kelihatan seolah-olah cuba mengelakkan
diri dari berperang melawan pihak yang menyerang.
Komunis telah menggunakan seberapa yang
boleh tujuan mereka melawan musuh dari luar sebagai satu strategi untuk
mendapatkan lebih ramai penyokong dari semua kelas orang China. Walaupun Yenan
adalah tempat yang selamat, tetapi ia sukar dijadikan pusat meluaskan pengaruh.
Pemulihan-pemulihan tanah yang dijalankan dalam masa Kiangsi Soviet tidak akan
berapa berkesan di sana. Yenan adalah terlalu mundur dan terpencil.
Penduduknya adalah miskin. Tanah tidak memberikan hasil. Tenaga manusia adalah
kecil dan alat-alat senjata sangat sukar didapati. Keburukan fahaman tuan tanah
tidak berapa ketara di China utara. Hanya lebih kurang 25% sahaja petani-
petani di desa yang tidak mempunyai tanah. Di China Tengah bilangannya adalah
50%. Komunis sendiri sedang menghadapi kesusahan sebab makanan dan lain-lain
bekalan tidak mencukupi. Dalam analisa terakhir, kesan Perarakan Panjang yang
terbesar sekali datangnya dari propaganda penentangan mereka terhadap
orang-orang Jepun.
Barisan Bersatu
Apabila Perarakan Panjang itu tamat di
akhir tahun 1935 Chiang masih tetap berazam untuk menghancurkan Komunis. Ini didahulukan
daripada beberapa reformasi petani-petani dan juga daripada ancaman Jepun yang
semakin bertambah. Peristiwa Mukden pada bulan September 1931 telah diikuti
oleh satu siri pertempuran di antara hulubalang Manchuria, Chang Hsueh-liang,
dengan orang-orang Jepun. Chang telah dihalau keluar dan sebuah negara Jepun,
Manchukuo, telah ditubuhkan di Manchuria. Pada tahun 1932 tentera Jepun telah
cuba menghapuskan pemulauan barang-barang Jepun di Shanghai tetapi tentera
China di sana telah melawan dengan hebatnya. Di antara tahun 1933 dan 1935
pengaruh ketenteraan Jepun dengan secara sistematik telah diperluaskan ke
Mongolia dan kemudian ke China Utara. Dalam damai-sentara Tangku pada tahun
1933, kawasan Peiping-Tientsin di Wilayah Hopei (dahulunya Chihli) telah
dijadikan kawasan cegah senjata dengan membenarkan pengunduran tentera China
dari kawasan ini. Sebaliknya, tentera-tentera Jepun telah dibenarkan tinggal di
bahagian-bahagian tertentu di sepanjang jalan keretapi
Peiping-Tientsin-Shanhaikwan. Pada tahun yang sama, tentera Jepun telah menduduki
Chahar. Dalam tahun 1935, selepas pihak Jepun mengadu bahawa pegawai-pegawai
China di kawasan Peiping-Tientsin telah bertindak melawan
kepentingan-kepentingan Jepun, Perjanjian Ho-Umetsu telah ditandatangani.
Perjanjian ini membolehkan pemecatan pegawai-pegawai yang tidak disetujui oleh
Jepun dan penghapusan sepenuhnya pertubuhan Kuomintang dari lingkungan
kepentingan Jepun. Dalam tahun itu, pihak Kuomintang telah menganjurkan
pembentukan Majlis Autonomi Hopei Timur dengan harapan pegawai-pegawai dan
penduduk-penduduk di sana akan taat kepada Kuomintang sebagai balasan kepada
pemberian autonomi mereka. Pentadbiran di situ kemudiannya telah dikuasai
oleh Jepun. Kejayaan Jepun bukan sahaja didapati melalui paksaan tetapi juga
melalui penguluran Kuomintang seperti Damai-senjata Tangku dan Perjanjian
Ho-Umetsu.
Chiang telah membiarkan Jepun menambah
kekuasaannya di China Utara kerana ia tidak mempunyai rancangan pertahanan
dalam menghadapi tentera Jepun yang menyerang. Beliau percaya bahawa musuh dalam
negeri (iaitu Parti Komunis) mesti dihapuskan dan negeri disatukan dahulu. Inilah yang dimaksudkan dengan
polisinya ‘penyatuan sebelum penentangan’. Kaum intelektual, penuntut-penuntut
dan ahli-ahli perniagaan benci dengan
kerajaan. Penuntut-penuntut telah mengadakan tunjuk perasaan dalam tahun
1935—1936 (Pergerakan Sembilan Disember). Sekarang orang-orang bandar telah
merasa keciwa dengan sikap kerajaan sementara petani-petani telah menjauhkan
diri terlebih dahulu.
Tanpa mengendahkan bantahan ramai, Chiang
telah pergi ke Sian, ibu kota Shensi, untuk memimpin tentera di sana melawan
Komunis. Mereka adalah tentera Chang Hsueh-liang, tetapi secara keseluruhan
adalah di bawah perintah Chiang. Mereka enggan meneruskan perjuangan menentang
Komunis. Chang sendiri yang bapanya telah dibunuh oleh Jepun dan yang telah
dihalau keluar dari Manchuria, mahu memimpin tenteranya menentang Jepun. Mereka
telah menahan Chiang dan enggan melepaskannya kecuali dia mengadakan satu
damai-sentara dengan pihak Komunis dan menentang Jepun. Pihak Komunis telah
berusaha dengan bersungguh-sungguh mengumumkan kesediaan mereka menyebelahi
kerajaan menentang musuh luar. Chou En-lai telah datang untuk berunding dengan
Chiang bagi pembentukan satu barisan bersatu menentang Jepun. Syarat- syarat
Komunis adalah:
(1).Chiang akan diiktiraf sebagai Ketua
Negara dan kerajaannya sebagai kuasa yang sah di China.
(2).Komunis akan berhenti dari menuntut
menjadi saingan kerajaan. Mereka akan terus menguasai daerah-daerah luar bandar
di Shensi tetapi pentadbiran akan dikenali sebagai Pentadbiran Daerah Sempadan.
(3).Mereka akan berhenti dari merampas tanah
dari tuan-tuan tanah.
(4).Tentera Merah akan sedia membantu Chiang
untuk tujuan menentang Jepun. Identiti Tentera Merah akan dihapuskan dan akan
dikenali sebagai Tentera Jalan ke-8.
Chiang bersetuju dengan syarat-syarat
tersebut sebagai jalan yang sebaliknya, sekurang-kurangnya buat sementara
waktu. Dia akan menunggu kesempatan yang baik dan mendapatkan simpati dan
bantuan orang asing kemudiannya untuk berhada- pan dengan pihak Komunis. Front
Bersatu tersebut telah dibentuk pada tahun 1937.
Walaupun syarat-syarat itu menguntungkan
Kuomintang, kesannya ke atas negara adalah menguntungkan pihak Komunis.
Dengan mengemukakan syarat-syarat yang
menguntungkan Kuomintang dan seolah-olah mengorbankan identitinya sendiri,
pihak Komunis telah merampas inisiatif dari tangan Kuomintang dalam hal
pertahanan negara. Dengan merayu kepada semua kelas untuk bersatu tenaga
melawan Jepun, mereka telah menunjukkan diri mereka sebagai nasionalis yang
tulen. Para intelektual yang dahulunya memandang rendah terhadap pergerakan
yang disokong oleh kaum petani mulai memuja Komunis.
Adalah lagi satu keuntungan yang
diperolehi oleh Komunis. Dengan mengakui Kuomintang sebagai kerajaan yang sah,
mereka telah meletakkan beban menyelamatkan China kepada Kuomintang. Lagipun,
tentera Kuomintang sudah tentu akan mengalami kesukaran akibat kehilangan
tenaga manusia dan akan hilang semangat berjuang apabila mereka berhadapan
dengan tentera Jepun yang berkelengkapan baik dan sangat terlatih. Ini akan
melemahkan kekuatan tentera Kuomintang untuk menjadi satu ancaman yang serius
kepada Komunis di masa-masa hadapan. Sebagaimana yang dijangkakan oleh Komunis,
Jepun telah merosakkan pihak Kuomintang. Tentera Kuomintang telah di- kalahkan
berturut-turut dan mengalami kecederaan yang teruk. Pentadbiran Kuomintang
telah terganggu oleh kemaraan tentera- tentera yang menyerang. Orang-orang
Jepun telah menduduki kawasan dataran laut dari Peking hingga ke Shanghai,
Nanking, Hsuchow, Hankow dan kemudian Canton. Kerajaan telah ber- undur ke
pendalaman hingga Chungking.
Gangguan yang dialami oleh kerajaan telah
memberi kebebasan kepada Komunis untuk meluaskan lagi kuasa mereka dengan
melawan Jepun. Semasa musuh menembusi negeri itu, satu-satunya tentangan yang
berkesan telah dibuat oleh gerila- gerila Komunis. Mereka telah menyerang bandar-bandar,
jalan- jalan keretapi dan daerah desa yang dikuasai musuh. Mereka telah berjaya
merampas semula satu kawasan yang luas di China Utara yang telah jatuh kepada
Jepun. Hasilnya mereka telah dikenali sebagai ‘tentera pembebasan’. Pada
hakikatnya, Komunis tidak mungkin menghalau pelanggar-pelanggar tersebut
tetapi kemenangan yang diperolehinya telah memberikan mereka martabat sebagai
pahlawan kebangsaan. Peperangannya dengan Jepun akhirnya telah memberi
kemenangan kepada Komunis ke atas Kuomintang dengan cara-cara yang berikut:
(1). Ia membolehkan Parti Komunis diterima
oleh mereka yang dahulunya menganggap anggota-anggota parti tersebut sebagai
hanya revolusioner petani yang menjalankan satu peperangan kelas melawan semua
kelas lain (contohnya, perampasan tanah dari tuan-tuan tanah dan serangan ke
atas parti pemerintah yang mengakui berdiri untuk demok- rasi dan
nasionalisme). Pihak Komunis telah dianggap sebagai nasionalis kerana kegiatan
mereka menentang Jepun.
(2). Ia telah banyak melemahkan Kuomintang —
satu tugas yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh Komunis sendiri dalam tempoh
masa yang sama memandangkan kesukaran yang telah mereka alami di akhir
Perarakan Panjang.
Kemenangan Komunis
Menjelang berakhirnya perang Jepun,
Komunis telah menyebarkan kuasanya dari Shensi ke Manchuria, Mongolia Dalam,
Hopei, Shensi, Honan, Shantung, Hupeh dan kawasan hilir Yangtze. Seratus juta
manusia berada di bawah pemerintahannya. Mereka telah membenarkan pilihanraya
kampung dijalankan. Mereka tidak merampas tanah dari kesemua tuan tanah. Hanya
tuan- tuan tanah duduk luar sahaja yang kehilangan tanah mereka. Sewa tanah dan
kadar faedah telah diturunkan. Sementara itu, kerajaan pelarian Kuomintang di
Chungking telah tidak melakukan apa-apa untuk rakyat dan inflasi serta
pengambilan untung yang berlebihan telah menambah kesusahan mereka. Rasuah
adalah satu lagi kecelakaan. Kewujudan Kuomintang adalah untuk keuntungan
pemimpin-pemimpin tertentu sahaja dan ini berlawanan dengan strategi baru
Komunis yang menarik semua kelas.
Sejak tamatnya Perarakan Panjang, Komunis
nampaknya telah mengubah cara-caranya. Propaganda mereka menekankan kepentingan
semua kelas. Misalnya, mereka telah berhenti menyerang tuan-tuan tanah yang
tidak duduk luar, dan mereka menyeru semua orang China, termasuk orang-orang
Kuomintang, untuk menyokong satu barisan bersatu yang anti-Jepun. Dalam tahun
1940, Mao Tze-tung mengeluarkan dokumen ‘Mengenai Demokrasi Baru’. Di dalamnya
ia merujuk kepada ‘gabungan kediktatoran beberapa kelas revolusioner’. Dia
sedang memikirkan tentang satu kerajaan campuran dengan Parti Komunis
memainkan peranan penting. ‘Demokrasi Baru’ menguatkan imej nasionalis pihak
Komunis.
Beginilah keadaannya apabila perang Jepun
tamat pada tahun 1945. Kebanyakan dari wilayah-wilayah utara adalah di bawah
kekuasaan Komunis tetapi bahagian-bahagian yang di- kuasai Jepun telah
diserahkan kepada Kuomintang. Oleh sebab Kuomintang adalah kerajaan yang sah,
Amerika Syarikat telah menghantar Tentera Udaranya untuk membawa tentera Chiang
ke bandar-bandar di bahagian utara untuk mengambilalih kuasa dari Jepun. Ramai
orang China, terutama sekali mereka yang terdidik, menyesali penduduk semula
kawasan-kawasan utara oleh tentera Kuomintang walaupun ia mempunyai kedudukan
yang sah. Mereka merasakan tindakan yang sedemikian akan berakhir dengan
peperangan semula antara Komunis dan Kuomintang. Selepas lapan tahun berperang
melawan Jepun kemungkinan berlakunya perang saudara sangat mengecewakan.
Penderitaan akan bertambah lagi dan ekonomi yang tidak stabil akan roboh
langsung. Tindakan Komunis mempertahankan negara adalah lebih mengkagumi dari
Kuomintang. Mereka adalah di- akui sebagai berhak untuk menguasai terus
kawasan-kawasan yang telah mereka ‘bebaskan’ dari Jepun. Oleh kerana damai
menjadi tujuan utama, satu kerajaan campuran Komunis dan Kuomintang adalah
dianggapkan sebagai penyelesaian yang dapat diterima ramai. Kuomintang telah
meneruskan pendudukan semula di China Utara. Ia telah menolak idea mengadakan
satu kerajaan campuran meskipun duta Amerika Syarikat, General Marshall, telah
cuba menyelesaikannya. Bagi Kuomintang, kerajaan campuran tidak mungkin kerana
pemimpin-pemimpinnya mengetahui bahawa Komunis akan terus menyebarkan
pengaruhnya dan meneruskan polisi tanah mereka. Sebaliknya, Komunis telah
menganjurkan sebuah kerajaan dari semua kelas dalam konsep ‘Demokrasi Baru’
mereka. Mereka bermaksud untuk memainkan peranan utama dalam kerajaan campuran
semua kelas dan meneruskan kegiatan untuk mencapai matlamat-matlamat revolusi
mereka. Namun begitu, simpati ramai berada di pihaknya sebab mereka lebih mahu
bertolak ansur dari Kuomintang yang nampaknya seolah-olah mementingkan diri
sendiri.
Dalam Perang Saudara yang meletus pada
tahun 1946, milik-milik Kuomintang di utara adalah satu rintangan kerana ia
memaksa Parti itu untuk membahagi-bahagikan tenaganya bagi mempertahankan
kawasan-kawasan itu. Tainbahan pula, Komunis di kawasan-kawasan desa di sekitarnya
dengan senang boleh memencilkan kedudukan Kuomintang. Komunis telah menyekat
segala perhubungan melalui jalanraya dan keretapi di antara utara dan selatan.
Kuomintang terpaksa bergantung hanya kepada pengangkutan udara untuk bantuan
tentera dan perbekalan. Dalam tahun 1946 Changchun, Mukden dan lain-lain
bahagian Manchuria telah jatuh ke tangan pihak Komunis. Mereka telah mara terus
ke selatan dan pada 15hb Januari 1949 telah menawan Tientsin. Peiping
(dahulunya Peking) telah menyerah diri pada 22hb Januari tahun yang sama.
Keseluruh China utara berada di bawah Komunis. Akibat dari kelam-kabut yang
berlaku dalam Kuomintang dan dengan bertambah kurangnya kepercayaan orang
terhadapnya telah menyebabkan pegawai-pegawai tinggi- nya berunding dengan Komunis
secara rahsia untuk membentuk sebuah kerajaan campuran selepas mereka
melucutkan kuasa Chiang. Naib Presiden Li Tsung-jen, Jeneral Fu Tso-yi yang
menjadi pemerintah tentera di China Utara, dan Wei Li-huang yang pernah menjadi
pemerintah garison di Mukden adalah di antara mereka yang bersetuju untuk
memaksa Chiang meletakkan kuasanya supaya Perang Saudara dapat ditamatkan
oleh sebuah kerajaan campuran didirikan. Selepas Peking jatuh, Chiang telah
didesak supaya meletakkan jawatan Presidennya. Li Tsung-jen sekarang telah
berunding secara terbuka dengan Komunis untuk mendirikan sebuah kerajaan
campuran. Bagi Mao Tse-tung Kuomintang mesti menyerahkan tentera dan pentadbirannya kepada Komunis. Sebagai balasan Kuomintang akan diberi bahagian
kecil dalam kerajaan baru yang akan dikelolakan oleh Komunis. Li sedang hendak
menandatangani perjanjian itu apabila ia telah lari dari Nanking kerana takut
dibunuh oleh polis rahsia Chiang. Dengan itu Tentera Merah telah menyeberang
Yangtze untuk menyerang bandar-bandar di selatan. Antara bulan Mei dan November
1949 Nanking, Shanghai, Canton dan Chungking telah jatuh secara
berturut-turutan. Republik Komunis telah diisytiharkan pada lhb. Oktober 1949
dengan Peking menjadi ibu negerinya. Chiang dan saki-baki pengikutnya telah
lari ke Formosa.
Sebab-sebab kemenangan Komunis
Kemenangan yang dicapai oleh Parti Komunis
tersangat cepat dan mengakibatkan kehancuran yang bukan sedikit. Sebahagian
darinya adalah disebabkan oleh kekuatan tenteranya sendiri, disiplin
ahli-ahlinya yang cukup baik, kepimpinannya, kejayaan propagandanya dan juga
imej nasionalisnya. Kelengkapan tenteranya yang sebahagiannya ditawan dari
tentera Jepun, setengahnya diperolehi dengan memberi rasuah kepada
pegawai-pegawai kerajaan dan setengahnya ditawan dari bantuan Amerika kepada
Kuomintang bukanlah rendah mutunya jika dibandingkan dengan peralatan tentera
kerajaan. Ahli-ahli strategi mereka dengan bijaknya merancangkan
langkah-langkah untuk memencilkan ketumbukan-ketumbukan Kuomintang dan memaksa
mereka menyerah diri. Mereka tidak membazirkan sumber-sumber untuk cuba
memusnahkan pihak lawan pada tiap-tiap pertempuran.
Pemimpin-pemimpinnya - orang-orang seperti
Mao, Chu Teh, Lin Pias, Chou En-lai dan Ch’en Yi — pergi ke medan dan secara
aktif terlibat dalam menyusun petani-petani menjadi tentera revolusioner dan
melatih mereka. Dengan bekerja di kalangan penduduk-penduduk desa menyebabkan
mereka lebih memahami petani-petani itu dari oranglain, terutama sekalijika
dibandingkan dengan Kuomintang. Pengertian mengenai kaum petani inilah, yang
dikuatkan lagi oleh pemahaman tentang masyarakat dan sejarah negeri China, yang
menyebabkan Mao mengubah dasar revolusinya dari cara Russia, yang menggunakan
pekerja-pekerja bandar sebagai dasar kepada caranya yang tersendiri iaitu
menggunakan kaum petani.
Komunis juga menunjukkan kebijaksanaan
mereka dalam propagandanya. Pemulihan-pemulihan tanah dan perampasan tanah dari
tuan-tuan tanah, Barisan Bersatu, peperangan gerila anti-Jepun dan ‘Demokrasi
Baru’ telah dipentingkan dan dijalankan pada masa yang sesuai pula untuk
menonjolkan diri mereka sebagai ahli pemulihan sosial yang serius, pahlawan
negara dan nasionalis yang sanggup mengorbankan diri. Mereka yang pada masa
awalnya terkenal sebagai juara kelas pertanian telah dapat mengatasi kecurigaan
dan pandangan rendah kaum intelektual yang pada masa iikliir Perang Jepun telah
menyanjung mereka sebagai nasionalis.
Sebahagian besarnya, kejayaan Komunis
adalah disebabkan oleh kelemahan dan kegagalan Kuomintang yang telah menimbulkan kebencian seluruh bahagian penduduk. Pihak Kuomintang adalah penuli
rasuah, dipengaruhi oleh pilihkeluarga, bersikap diktator, mementlngkan diri
sendiri dan tidak memahami keperluan-keperluan rakyat. Kelemahan-kelemahan
ini telah digunakan oleh Komunis untuk mendapatkan simpati dari orang ramai,
walaupun mereka tidak selalunya menjadi pengikut-pengikut Komunis. Banyak
bandar yang dikuasai oleh Kuomintang telah diambil-alih oleh Komunis kerana
orang-orang yang mempertahankannya telah putusasa terhadap Kuomintang dan
menyerah diri atau berpaling tadah. Saudagar-saudagar,ahli-ahli profesional,
sarjana dan pegawai-pegawai yang pernah menyokong kerajaan, kini takutkan
kekerasan yang digunakannya. Apabila semakin ramai orang yang menentangnya,
ahli-ahli Kuomintang dari lingkungan dalam yang terdiri dari ahli keluarga
Chiang dan keluarga Soong (Soong adalah keluarga isteri Chiang) telah
menjalankan penangkapan dan pembunuhan politik iaitu satu tugas yang
diamanatkan kepada pasukan polis rahsia Kuomintang. Liga Demokratik, satu parti
kaum intelektual, telah dihapuskan dengan tindakan tindas terus ke atas
ahli-ahlinya. Dalam keadaan politik yang buruk ini tidak siapa pun yang merasa
selamat. Inflasi yang melampau telah melanda negeri itu dan salah-urusan
ekonomi telah menyusahkan petani dan juga ahli-ahli perniagaan. Akhirnya,
kebanyakan orang tidak lagi mahu membantu kerajaan melawan Komunis yang
menyerang bandar-bandar kerana mereka telah membuat keputusan bahawa Kuomintang
tidak berkebolehan memerintah negeri China.
Revolusi 1911 mungkin dapat dihuraikan
sebagai satu ‘titik pemisahan’ dalam sejarah negeri China. Peristiwa ini
adalah menjadi garisan pemisah antara kerajaan sistem dinasti lama dengan
sistem republik baru. Ia mengasingkan zaman penentangan ter- hadap perubahan
sosial dan ekonomi dari zaman di mana peru- bahan seperti itu, walaupun tidak
sebenarnya dijalankan buat beberapa lama, adalah diharapkan oleh ramai (antara
mereka ialah Dr. Sun, puak kiri sosialis Kuomintang, kaum petani dan Komunis
Mao) akan dijalankan juga. Yang pentingnya ialah ia menandakan berakhirnya
keadaan-keadaan yang menghalang perkembangan intelektual dan bermulanya satu
revolusi intelektual yang cepat. Hasil revolusi intelektual yang penting
sekali ialah wujudnya satu semangat nasionalisme yang kuat.
Sebagai sebuah negeri yang tidak terkenal
dengan kekuatan nasionalismenya mahupun sehingga Revolusi tahun 1911, kita kini
dapati dua tenaga politik yang bersaingan (Kuomintang dan Parti Komunis)
berlumba-lumba mempergunakan nasionalisme baru itu dalam perjuangan mereka
untuk keunggulan di China. Pihak Komunis sendiri - orang seperti Ch’enTu-hsiu,
Li Ta-chao, Mao Tse-Tung dan Chou En-lai — termasuk ke dalam golongan
intelektual baru ini. Mereka-mereka ini yang telah mengambil bahagian dalam
revolusi intelektual adalah di antara mereka yang telah menggerakkan semangat
pergerakan nasionalis baru yang awal. Sungguhpun mereka telah menerima satu
ideologi asing mereka menghargai bahawa kebanyakan dari orang-orang China,
terutama sekali para intelektual, tidak akan menerima Komunisme melainkan ia
dapat dikaitkan dengan nasionalisme China. Akibatnya, Parti Komunis China telah
berusaha ke arah mendapatkan satu imej nasionalis melalui propagandanya.
Melalui rancangan pemulihan tanahnya, ia telah menunjukkan kepada kaum petani
bahawa perjuangan Komunis adalah sama seperti perjuangan nasionalis untuk
mewujudkan satu order baru dalam bidang sosial dan ekonomi.
Kuomintang telah bermula sebagai satu
parti nasionalis tetapi ia tidak dapat mengekalkan imej ini. Dalam menghadapi
pencerobohan Jepun, polisinya adalah ‘bersatu sebelum menyerang’. Pendiriannya
menentang kerajaan campuran dengan Komunis selepas perang Jepun telah dianggap
sebagai lebih ber- pandukan kepada kepentingan diri sendiri dari kepentingan
negara. Kegagalannya sebagai satu parti revolusi bandar untuk dapat
diidentifikasikan dengan pejuangkaum petani telah mem- buatkan ia kehilangan
sokongan ramai yang diperlukan untuk mengekalkan identiti nasionalisnya. Dalam
analisa terakhir, Komunis tclali bcrjaya merampas kuasa kerana mereka telah
dengan bijaknya dapat menggabungkan revolusi, nasionalisme dan komunisme dalam
perjuangannya.
Sebagai penutup, mungkin kelihatan bahawa
kebanyakan orang China telah menyambut baik kerajaan Komunis tanpa menganuti
doktrin-doktrin Komunisme. Generasi mereka tidak mungkin dapat memahami makna
Komunisme mahupun mem- perdulikannya. Adalah praktik bagi orang yang telah lama
men- derita untuk menerima pihak Komunis kerana mereka dilihat sebagai
mempunyai semangat nasionalisme, bakat dan disiplin yang pcrlu untuk
menyelesaikan masalah-masalah negara. Kalau- lah Kuomintang telah menyelesaikan
atau telah menunjukkan minat untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, Komunis
di China mungkin telah menjadi sesuatu yang tidak perlu kerana Kuomintang
mempunyai satu kelebihan - demokrasi, sejajar dengan salah satu daripada
prinsip-prinsip ‘San Min Chu I’.